
PASIR MAS, 24 APRIL 2022 – Empat pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas menyahut seruan kerajaan untuk turut bersama-sama menyertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit “ Bangkit Baca & Bersyukur ” anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia pada 21 April lalu bermula jam 11.00-11.10 pagi secara serentak seluruh Malaysia.
Objektif program ini adalah meneruskan kelestarian budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita dengan berhenti selama 10 minit sahaja untuk membaca sebarang bahan bacaan. Selain itu, ianya bertujuan meningkatkan minat membaca untuk mencintai dan mendalami ilmu pengetahuan. Diharapkan program ini dapat diteruskan dan menjadi penanda aras bagi membentuk generasi proaktif dan berilmu.
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 264


