- JBS Kelantan
- Hits: 229
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT DAERAH TUMPAT 1443H/2022M (MAJLIS KHATAM AL-QURAN)

TUMPAT, 28 APRIL 2022 – Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Tumpat Tahun 2022 (Majlis Khatam Al-Quran) yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama AJK Masjid Al-Huda Pengkalan Kubor dan Kelab Belia Wijaya telah dijalankan pada 23 April 2022 yang lalu. Program ini bertujuan untuk melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian. Penglibatan belia dalam program ini adalah seramai 50 orang belia dari Persatuan Belia Wijaya dan belia sekitar yang disempurnakan oleh En. Wan Muhammad Ainal Mul Hassan bin Wan Mohd Rodzali dan En.Md. Syamedi bin Abdullah yang merupakan pembimbing bagi Majlis Khatam Al-Quran.
Turut hadir bagi pelaksanaan Majlis Khatam Al- Quran ialah Puan Ainaadiyaana binti Mokhtar dan kakitangan sebagai urusetia program.
Disediakan oleh Abdul Aziz bin Noor, Urusetia Portal Pejabat Belia & Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 229



