
PASIR PUTEH,12 MEI 2022 – Gotong royong memasak bubur lambuk sempena Program Rakan Muda Day Out Siri 1 Peringkat Daerah Pasir Puteh telah berlansung pada 29 April 2022 (Jumaat) bertempat di Masjid Haji Harun Kg. Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, Kelab Belia Kg.Selising Pasir Puteh dan Kelab Bola Sepak Sri Nara Pasir Puteh.
Program ini telah disertai oleh 22 orang peserta terdiri dari ahli Kelab Belia Kg.Selising, Kelab Bola Sepak Sri Nara dan belia setempat. YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, ADUN Selising turut turun padang mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk kampung dan pengguna jalan raya di laluan hadapan Bangunan Khidmat Masyarakat DUN Selising. En.Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh turut hadir sama pada program tersebut.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 235




