
KUALA KRAI, 27 APRIL - Pada 16 April 2022 yang lalu, PBSD Kuala Krai dengan penuh ikatan ukhwah dan kekeluargaan telah mengadakan Majlis Makan Colek Bersama Keluarga. Majlis ini diadakan di Adnan Café, Daskoh, Kuala Krai. Pada malam itu juga diselitkan sekali majlis perpisahan Puan Nik Roslina Binti Nik Mood yang telah bertukar ke PBSD Tanah Merah. Selamat Berjaya di tempat baru Puan Nik Roslina Binti Nik Mood.
Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan PBSD Kuala Krai dengan membawa keluarga masing-masing. Aneka Colek terdapat di Adnan Café ini. Disamping makan-makan colek, majlis ini juga dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama kita semua dan ahli keluarga.
Sedikit cenderahati disampaikan oleh Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai kepada Puan Nik Roslina Binti Nik Mood sebagai tanda kenangan dari PBSD Kuala Krai sepanjang berkhidmat di Kuala Krai.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 299

