
JELI, 18 MEI 2022 – Majlis Sambutan Hari Raya Perdana peringkat Daerah Jeli telah diadakan pada hari Khamis lalu, 12 Mei 2022 bertempat di perkarangan kediaman rasmi Ketua Jajahan Jeli. Majlis Sambutan Hari Raya Perdana ini adalah anjuran Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli dengan kerjasama semua agensi kerajaan dan swasta di daerah Jeli.
Majlis ini diadakan bagi bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri disamping menikmati pelbagai juadah yang disediakan setelah 2 tahun sambutan hari raya tidak dapat diraikan ekoran pandemik Covid19 yang melanda negara. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli bekerjasama bersama agensi Amanah Ikhtiar Malaysia Daerah Jeli turut mengambil bahagian dalam menyerikan lagi majlis dengan menyediakan gerai pelbagai jenis minuman sejuk untuk disajikan kepada pengunjung.
Majlis Sambutan Hari Raya ini telah dirasmikan oleh Ketua Jajahan Jeli, YABrs Tn. Nik Raisnan bin Hj. Daud. Majlis ini turut diserikan lagi dengan pertandingan gerai tercantik dan pakaian seragam yang turut disertai lebih 30 buah agensi di daerah Jeli.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 278



