
GUA MUSANG, 30 MEI 2022– Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang telah mengadakan sambutan Hari Raya Peringkat Jajahan Gua Musang Tahun 2022.
Semua agensi kerajaan di Gua Musang terlibat untuk menjayakan program ini. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang telah diberi satu gerai Juadah Aidilfitri yang mempamerkan Nasi Dagang Terengganu yang juga dianggap sebagai satu menu utama semasa majlis hari raya.
Selain dari juadah aidilfitri yang memikat selera, tidak lupa juga hiasan-hiasan yang bertemakan suasana Aidilfitri di mana para pengunjung boleh menjamu selera sambil mengambil gambar kenangan sesuai dengan tema Aidilfitri. Rata-rata pengunjung sangat gembira kerana sudah beberapa tahun tidak menyambut hari raya. Bak kata netizen, “ kito buke nok make sangat, tapi nok ko suasano jah”.
Disediakan oleh : Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
- JBS Kelantan
- Hits: 345




