- JBS Kelantan
- Hits: 247
PASUKAN KK GROUP JOHAN BOLA KERANJANG 3 ON 3 KATEGORI LELAKI MSL 2022 PERINGKAT DAERAH JELI

JELI, 8 JUN 2022 – Kejohanan bola keranjang 3 on 3 kategori lelaki yang berlangsung di gelanggang bola keranjang, UMK Kampus Jeli pada 3 Jun 2022, Jumaat lalu berlangsung meriah. Terdapat lapan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut bagi peringkat daerah Jeli.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Pn. Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan daerah Jeli. Johan telah disandang oleh pasukan KK Group yang memenangi medal dan wang tunai RM600, manakala tempat kedua dirangkul oleh pasukan Jb La La Zai dari UMK Jeli dan berjaya membawa hadiah wang tunai berjumlah RM400. Tempat ketiga bersama dimenangi pasukan SBF & pasukan BKB dimana kedua-dua pasukan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM200.
Johan dan naib johan akan mewakili daerah Jeli ke Kejohanan MSL peringkat Negeri Kelantan yang dijangka akan dilaksanakan pada 1 Julai 2022 akan datang. Syabas diucapkan kepada semua peserta dan pemenang.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 247

