
BACHOK, 21 JUN 2022 - Kejohanan Futsal Wanita Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Bachok telah berlangsung pada 3 Jun 2022 bertempat di Gelanggang Futsal, Majlis Daerah Bachok. Kejohanan tersebut telah diadakan serentak dengan Kejohanan Futsal Lelaki di tempat berlainan.
Sebanyak 8 pasukan telah menyertai acara futsal wanita bagi kejohanan kali ini. Johan pertandingan telah dimenangi oleh pasukan PS A Bachok City yang membawa pulang medal dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 1000.00, manakala naib johan menjadi milik pasukan Sahabat FC yang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 700.00. Tempat Ketiga Bersama menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 300.00 dimiliki pasukan Phoenix Team dan pasukan Sri Kemunting FC.
Johan dan Naib Johan akan mewakili daerah Bachok ke pertandingan futsal wanita Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Negeri Kelantan yang akan diadakan pada bulan Julai nanti. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Khabir Sufi bin Berhanuddin dari Kelab Bola Sepak Bachok City.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan pemain yang terlibat dalam kejohanan ini.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 260






