
TANAH MERAH, 4 JULAI 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dengan kerjasama Pejabat Tanah Jajahan Tanah Merah telah menganjurkan Kejohanan Badminton Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Tanah Merah pada 20 Mei 2022 (Jumaat) yang lalu. Kejohanan ini diadakan di Gelanggang Badminton A3 Manal, Tanah Merah dengan penyertaan sebanyak 9 pasukan yang menepati syarat-syarat bertanding.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Asmadi Mohamad juga bersama-sama turun padang bagi menyaksikan kemeriahan kejohanan serta menyantuni urusetia bagi kejohanan itu. Johan bagi Kejohanan Badminton MSL Peringkat Daerah Tanah Merah ialah NIPD dengan membawa pulang medal dan hadiah wang tunai sebanyak RM1000. Ku Waa BC pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan hadiah wang tunai sebanyak RM700. Manakala A3 dan Bukit Durian BC di tempat ketiga bersama.
Turut hadir memantau ialah Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Pegawai Penggalakan Sukan. Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Ismafardi bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semoga berjaya untuk peringkat negeri kelak.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 234




