
BACHOK, 5 APRIL 2022 - Rezeki menyebelahi Regu Rusa A apabila menjadi Johan bagi acara Kejohanan Sepak Takraw sempena Program Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Bachok yang telah berlangsung pada 2 April 2022 di Gelanggang Kampung Rusa, Jelawat, Bachok.
Sebanyak 22 regu telah bertanding bagi kejohanan tersebut. Johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 600.00, Naib Johan jatuh kepada Regu Kampung Sungai B yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM 400.00 manakala tempat Ketiga Bersama ialah Regu Rusa A dan Rusa E yang masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 200.00. Syabas diucapkan kepada semua pemenang.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zulkarnean bin Isa, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok dan diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Rosli, Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Bachok serta Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 369





