- JBS Kelantan
- Hits: 256
BERIBADAH DI BULAN RAMADAN

KELANTAN, 21 APRIL 2022 –Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah menganjurkan satu Program Rakan Muda Ramadan dijalankan bermula 3 hingga 22 April 2022 bertempat di Masjid Dusun Raja, Kota Bharu. Antara pengisian aktiviti Program Rakan Muda Ramadan ialah Tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran.
Dengan objektif program membudayakan amalan Sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan sebagai satu usaha menghindari gejala sosial dalam kalangan belia . Seramai 20 orang anak muda akan menghabiskan 30 juzuk bacaan Al-Quran dengan bimbingan 2 orang guru pembimbing.
Turut hadir Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Pembangunan Sukan Bermotor dan Rekreasi JBSNK dan Puan Nur Aliaa binti Wan Johan Pegawai Pembangunan Potensi JBSNK. Semoga semangat Ramadan kali ini akan menjadi titik transformasi perubahan positif kepada semua belia dalam mendepani gejala pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
- JBS Kelantan
- Hits: 256


