- JBS Kelantan
- Hits: 241
DABONG JADI TUAN RUMAH PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN KHATAM AL-QURAN KUALA KRAI 2022

KUALA KRAI, 26 APRIL 2022 –Bertempat di Madrasah Tarbiah Al-Aulad, Sungai Kenerong, Dabong, Kuala Krai telah berlangsung dengan jayanya Program Rakan Muda Ramadhan Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Krai 2022.
Program yang berlangsung sejak awal ramadan lagi dengan pengisian wajib Tadarus Al-Quran selama 20 hari berturut-turut telah berakhir semalam dengan berlangsungnya Program Khatam Al-Quran. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Wan Mohd Erffan Wan Mohd Nasir selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai. Turut serta semasa majlis perasmian tersebut adalah Mudir Madrasah Tarbiah Al-Aulad, Sungai Kenerong Ustaz Mohamad Firdaus Mohd Samsuddin dan Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Encik Amreezal Abdul Kadir.
Ustaz Mohamad Firdaus Mohd Samsuddin selaku Mudir Madrasah Tarbiah Al-Aulad, Sungai Kenerong berkata, beliau amat berterima kasih kepada pihak PBSD kuala Krai dan juga JBSN Kelantan kerana memilih Madrasah Tarbiah Al-Aulad, Sungai Kenerong bagi Program Rakan Muda Ramadhan Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Krai pada tahun ini dan berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 241




