
KOTA BHARU, 6 MAC 2022– Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah memulakan semula operasinya yang berpusat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Panji setelah penutupannya sejak tahun 2019.
Puan Naziah binti Dollah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Bharu telah diberikan mandat dalam menerajui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu bermula pada 9 Januari 2022.
Pejabat ini juga sentiasa mengalu-alukan jalinan Kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta serta NGO terutamanya NGO belia dan Sukan dalam pelaksanaan aktiviti serta program pembangunan belia, sukan dan kesukarelawanan di Daerah Kota Bharu.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Suka Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 396




