
KELANTAN, 17 FEBRUARI 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan taklimat tawaran sebutharga bagi kerja-kerja membina baharu dan menyiapkan sebuah padang bola sepak di atas Lot 3820 di Mukim Telok Mesira, Daerah Bachok serta kerja-kerja berkaitan pada 17 Februari 2022 bertempat di Dewan Malaysia JBSN Kelantan dan Tapak Padang Bola Sepak Telok Mesira, Bachok.
Seramai 26 kontraktor bertaraf Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) Gred G2 di bawah Kod Bidang CE21 telah hadir bagi memasuki tawaran sebutharga tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Pembangunan JBSN Kelantan. Seusai taklimat diberikan kesemua kontraktor dibawa ke lawatan tapak tersebut
Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 318

