KUALA KRAI, 31 JANUARI 2022 – Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah berlangsung sesi penyeliaan antara wakil dari PBSD Kuala Krai, Pelajar Praktikal dan SV Visitor dari Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah baru-baru ini. Sesi penyeliaan yang diadakan secara atas talian telah berlangsung kira-kira 30 minit. Penyeliaan ini dilakukan bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan pelajar yang ditelah ditempatkan di PBSD kuala krai iaitu saudara Y.M. Raja Mohd Farhan bin Raja Muda dalam menjalani latihan praktikal selama empat(4) bulan di PBSD Kuala Krai bermula dari 15 September 2021 sehingga 13 Januari 2022. Penilai dari PBSD Kuala Krai telah diwakili oleh Encik Noorazihan bin Jusoh manakala Penilai dari UUM telah diwakili oleh Dr. Zalinah Ahmad. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai amat berbesar hati dan mengala-alukan kedatangan mana-mana pelajar praktikal yang ingin menjalani latihan di PBSD kuala krai bagi memberi pendedahan dengan suasana bekerja yang sebenar serta memudahkan proses kerja pelajar berkenaan selepas bergraduat kelak. Disediakan Oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 360
