PASIR MAS, 2 JANUARI 2022- Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Pasir Mas telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Kepimpinan TOT Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Pasir Mas pada 24 hingga 26 Disember 2021 lalu di D’Kuala Resort, Pasir Puteh, Kelantan. Program tiga hari dua malam ini telah di sertai oleh ahli Pengakap Kelana daerah Pasir Mas dan KLKM Politeknik Kota Bharu seramai 14 orang peserta dan 6 orang fasilitator. Para peserta mendapat pendedahan tentang ilmu pengurusan organisasi, Perancangan Program, Pengurusan Fail dan Dokumentasi, Pengurusan Kewangan & Sponsorship serta Protokol & Etika. Tenaga pengajar program terdiri daripada En. Mohd Azrie Mat Nor, En. Zulkefnain Ismail, En. Mohd Zulkifli Sulaiman dan En Mohd Hafiz Jamal telah memberi tunjuk ajar kepada peserta menguasai ilmu dalam pengurusan organisasi. Peserta juga turut terlibat di dalam aktiviti ‘Outdoor’ Pihak penganjur berharap agar Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Pasir Mas akan menjadi satu legasi Kepimpinan yang unggul dan menjadi inspirasi dalam pembangunan dan melahirkan para pemimpin yang hebat suatu hari nanti. Disediakan Oleh: Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal Pbsd Pasir Mas
PASIR MAS, 2 JANUARI 2022- Pengakap Kelana Pasir Mas atau lebih dikenali sebagai Black Flurry Rovers B telah bertolak ke Temerloh Pahang pada 27 Disember 2021 lalu bagi Misi Bantuan Pasca Banjir di daerah Temerloh Pahang. Konvoi ini diketuai oleh Saudara Mohd Hafiz Jamal bersama Nor Azlin Mat Nor telah membawa pasukan mereka bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk akibat banjir di beberapa buah kampung di sana. Mereka turut membawa sumbangan dari para penyumbang untuk disampaikan kepada mangsa banjir. Saudara Mohd Hafiz Jamal turut mengucapkan “Terima Kasih semua penyumbang penyumbang yang telah memberi sumbangan pada kami. Kami bawa bersama aura dan kekuatan sokongan anda semua bersama kami”.Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh En. Mohd Zulkifli Sulaiman, Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan dan Hamidah Ramli Setiausaha Majlis Pengakap Negeri Kelantan pada 27 Disember 2021 lalu.Saudari Nor Azlin Mat Nor berkata bergabung dengan Pasukan Pengakap Kelana G - Griffin Kuantan serta Majlis Pengakap Kelana Negeri Pahang dalam Misi tersebut. Disediakan Oleh: Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal Pbsd Pasir Mas
GUA MUSANG, 30 DISEMBER 2021– Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Skuad Sukarelawan Pasca Banjir Gua Musang telah berjaya menganjurkan satu misi kesukarelaan pasca banjir di Kampung Limau Kasturi.Program ini turut dibantu oleh beberapa agensi dan persatuan iaitu Angkatan Pertahanam Awam Gua Musang, Jabatan Kerja Raya(CSR) dan Majlis Belia Jajahan Gua Musang. Terdapat beberapa buah rumah yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda baru-baru ini. Kejadian yang sama juga pernah terjadi di kawasan ini pada tahun 2014 dahulu. Walaupun dilanda musibah, para penduduk tetap tabah dan pasrah dengan ujian seperti ini. Penduduk kampung menyambut baik Skuad Sukarelawan Pasca Banjir dan sama-sama membersihkan beberapa buah rumah yang terjejas teruk. Semangat kesukarelaan seperti ini amat membanggakan kita semua kerana kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu padu dan membantu satu sama lain bagi menjaga keharmonian negara Malaysia. Disediakan oleh Urusetia portalPejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang .
JELI, 30 DISEMBER 2021 – Setiap kali musim tengkujuh menyebabkan berlaku banjir terutama di kawasan yang rendah menyebabkan berlaku banjir. Keadaan ini menyebabkan rumah-rumah di kawasan tersebut dinaiki air. Di daerah Jeli, Kg Bukit Berangan Kuala Balah telah dinaiki air menyebabkan rumah penduduk kampung dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara untuk beberapa hari.Bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mangsa banjir pada 22 Disember 2021, Skuad Sukarelawan Pasca Banjir Persatuan Belia Semangat Muda Bukit Jering, Majlis Belia Daerah Jeli dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli turun ke kampung berkenaan untuk membuat gotong-royong dan penyampaian sumbangan di kampung tersebut. Program ini telah membantu meringankan mangsa banjir, penduduk terlibat berasa terharu dan memuji semangat kerajinan anak-anak muda. Program ini dihadiri oleh Pn. Siti Azura bt Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, Mohd Azdi Mohd Nasir Pengerusi Persatuan Belia Semangat Muda Bukit Jering, Skuad Sukarelawan Pasca Banjir, Penduduk kampung, pegawai dan kakitangan PBSD Jeli. Disediakan Oleh Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli .
MACHANG, 23 DISEMBER 2021 – Tahniah kepada Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup menerima Anugerah Persatuan Daerah Terbaik Daerah Machang sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan yang telah diadakan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu pada 11 Disember 2021. Kelab telah memenuhi syarat-syarat persatuan terbaik iaitu menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) lengkap, aktif dalam pelaksanaan aktiviti dan program bersama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mengikut perlembagaan. Kelab tersebut telah menerima sumbangan sebanyak RM 1,000.00. Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Hj Zuraidin bin Abdullah.Turut hadir Pembantu Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang; En. Mohd Faidhi Bin Mat Noor dalam menjayakan program tersebut.Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
MACHANG, 22 DISEMBER 2021 - Beginilah rutin mingguan belia Kg. Kemunchup, Machang dalam mewarisi seni peralatan musik tradisional. Kesenian menjadi perantara untuk mengeratkan silaturahim dan mengisi masa lapang. Adakalanya generasi orang lama ataupun otai masih berbisa juga turut bertandang; hadir untuk memberikan tips dan tunjuk ajar secara tidak formal. Kebiasaanya jika ada sambutan atau keraian seperti kenduri-kendara dan lain-lain maka bertambah meriah sehingga ke malam bagi mempersiapkan kumpulan dikir, kumpulan seni silat dan kumpulan wayang kulit. Penglibatan belia ini diterajui oleh Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemuncup dan mendapat sokongan dan dokongan pemimpin dan penduduk setempat. Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
PASIR PUTEH, 23 DISEMBER 2021 - Kelab Sukarelawan Prihatin Pasir Puteh (Volunteer i Care) telah melancarkan Gerakan bagi misi bantuan kecemasan untuk digerakkan segera ke kawasan yang terjejas dengan banjir di seluruh Malaysia. Antara keperluan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir ialah hygiene kit, pek makanan segera, selimut, tuala dan lampin bayi atau sumbangan kewangan disalurkan kepada akaun kelab. Bantuan ini akan disampaikan kepada mangsa-mangsa yang terjejas banjir.Semoga dengan bantuan yang diberikan ini akan membantu meringankan beban kepada mangsa-mangsa banjir. Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
PASIR MAS, 22 DISEMBER 2021 - Sebanyak 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir Sek. Keb. Tok Deh, telah di buka di Jajahan Pasir Mas bermula 18 Disember lalu. Manakala 7 pusat pemindahan sementara telah di buka pada 19 Disember adalah Sek Keb Kg Rahmat, Dek. Keb Gual Periok, Sek Keb Kubang Kual, PPS Putat Tujoh, Sek Keb Sri Kiambang, Sek Keb Gual Tinggi, dan Masjid Mukim Padang Licin. Dua peusat pemindahan terbaru kini dibuka bermula 20 Disember adalah Sek. Keb. Kedai Tanjong dan Sek Keb Gual Sitok. Jumlah mangsa banjir adalah seramai 2321 orang yang melibatkan 596 keluarga, terdiri daripada 1090 dewasa, 612 kanak-kanak, dan 45 bayi serta 97 warga emas dan 6 OKU. Sumber berikut disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas. Disediakan Oleh: Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal Pbsd Pasir Mas
MACHANG, 22 Disember 2021 – Tinggal 2 hari lagi program tahunan Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup (Seriwaris) iaitu program kebudayaan Ekpresi Seni Kemunchup. Program ini mendapat sokongan dan dokongan penuh penduduk kampung dalam memartabatkan pembangunan modal insan melalui warisan kebudayaan dan kesenian. Mesyuarat bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja, pengisian aktiviti dan lain-lain supaya teratur dan lancar. Kerjasama daripada belia dan ‘otai-otai’ kampung dieratkan dan disatukan ibarat irama dan lagu tak dapat dipisahkan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Belia Seriwaris dan turut dihadiri oleh Penghulu Kampung, Pengerusi KRT, ahli kelab dan ‘otai-otai’ kampung. Turut hadir Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang; En. Muhammad Fadzly Bin Ramli.Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang