
KELANTAN, 14 MAC 2021 – JBSN Kelantan telah menerima kunjungan dua (2) orang pegawai dari Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa pada pagi ini bertempat di Bilik Tamu, JBSN Kelantan. Tujuan kunjungan ke jabatan ini diadakan bagi mendapatkan maklumat tepat berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Sukan dan Rekreasi yang terkini bagi penganjuran aktiviti sukan dan kehadiran penonton ke vanue pertandingan.
Taklimat berkaitan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Setiausaha Jawatankuasa Bilik Gerakan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Sukan dan Rekreasi JBSN Kelantan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 599




