
KELANTAN, 7 MAC 2021 – Pada 2 dan 3 Mac 2021 lalu telah diadakan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ke atas Kelab Golf dan Desa Kelantan, Kelantan United Football Club dan TRW Kelantan Football Club oleh Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim dan Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pemantauan dilakukan bagi mengetahui tahap pematuhan operator dan pengusaha premis sukan dan rekreasi terhadap SOP yang telah digariskan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan dalam menghadapi situasi pandemic Covid-19.
Hasil pemantauan mendapati rata-rata pengusaha dan operator premis mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengharapkan pembukaan sektor sukan dan rekreasi yang lebih meluas,
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 619






