PASIR PUTEH, 24 NOVEMBER 2021 - Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh pertandingan Mobile Legend telah diadakan pada 9 dan 10 Oktober 2021 yang lalu. Sebanyak 9 pasukan dan melibatkan peserta seramai 54 orang telah menyertai pertandingan tersebut. Pertarungan peringkat separuh akhir ialah pasukan Akatsuki melawan PR Kingdom dan Jerung Merah melawan Al Semeraki. Peringkat akhir ialah di antara Jerung Merah melawan Akatsuki. Johan dimenangi oleh pasukan Jerung Merah, Naib Johan dimenangi oleh Akatsuki, tempat ketiga ialah Al Semeraki dan tempat keempat ialah PR Kingdom. Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 365
