- JBS Kelantan
- Hits: 414
BACHOK HSN2021 PUBG CHALLENGE

BACHOK, 31 OKTOBER 2021 – Program Bachok HSN2021 PUBG Challenge telah dilaksanakan bersempena dengan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bachok. Seiring dengan minat remaja masa kini, pertandingan PlayersUnknown BattleGrounds (PUBG) juga tidak ketinggalan untuk dipertandingkan. Program ini telah berlangsung pada 10 dan 11 Oktober yang lalu.
Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dan Kelab Bola Sepak Bachok City. Seramai hampir 24 pasukan telah bertanding sepanjang program tersebut. Tahniah diucapkan kepada pasukan Saiyan yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 300.00. Manakala Naib Johan dimenangi oleh pasukan RB Nemecys dan tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Crystal Timur ESport. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 200.00 dan RM 150.00
Hadiah kemenangan disampaikan oleh Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
- JBS Kelantan
- Hits: 414






