KELANTAN, 15 NOVEMBER 2021 – Atlet Para Powerlifting Negeri Kelantan iaitu Wan Nur Azri bin Wan Azman yang akan ke Geogia bagi menghadapi Kejohanan World Championship 2021 telah menerima sumbangan daripada YB. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan pada 14 November 2021 bertempat di MABNA MBI, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Yang Berhormat telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM,3000.00 sebagai pembakar semangat dan bagi melancarkan lagi perjalanan Wan Nur Azri ke kejohanan tersebut. Turut hadir adalah Encik Mahmood Deraman, Pengerusi Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Kelantan (PESRON) dan Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Pegawai Pembangunan Sukan OKU Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
KELANTAN, 15 NOVEMBER 2021 – Skuad Rakan Muda-Sports Bubble Volunteer (RM-SBV) Negeri Kelantan turun membuat Pemantauan pematuhan SOP perlawanan bola sepak Piala Malaysia yang melibatkan perlawanan diantara Kelantan FC menentang JDT FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 9 November 2021. Seramai 6 orang petugas skuad (RM-SBV) yang diketuai Encik Amreezal Bin Abdul Kadir selaku Penyelaras RM-SBV Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama pegawai-pegawai Bahagaian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dengan pemantauan tersebut.Pemantauan ini dilaksanakan adalah bagi memastikan pematuhan SOP yang telah ditetapkan dipatuhi dan sekali gus dapat mengekang penularan Covid-19 khususnya di dalam penganjuran acara sukan. Melalui pemantauan ini didapati pihak penganjur telah membuat persediaan rapi dengan menyediakan anggota bertugas yang cukup untuk mengawasi para penyokong yang hadir dan turut menyediakan kaunter saringan suhu di setiap pintu masuk serta membuat penjarakan sosial di tempat duduk pemain, pegawai dan penonton yang terlibat. Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 15 NOVEMBER 2021 – Skuad Rakan Muda-Sports Bubble Volunteer (RM-SBV) Negeri Kelantan turun membuat Pemantauan pematuhan SOP perlawanan bola sepak Piala Malaysia yang melibatkan perlawanan di antara Kelantan FC menentang PJ City FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 2 November 2021. Seramai 7 orang petugas skuad (RM-SBV) yang diketuai Encik Amreezal Bin Abdul Kadir selaku Penyelaras RM-SBV Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama pegawai-pegawai Bahagaian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dengan pemantauan tersebut.Pemantauan ini dilaksanakan adalah bagi memastikan pematuhan SOP yang telah ditetapkan dipatuhi dan sekali gus dapat mengekang penularan Covid-19 khususnya di dalam penganjuran acara sukan. Melalui pemantauan ini didapati pihak penganjur telah membuat persediaan rapi dengan menyediakan anggota bertugas yang cukup untuk mengawasi para penyokong yang hadir dan turut menyediakan kaunter saringan suhu di setiap pintu masuk serta membuat penjarakan sosial di tempat duduk pemain, pegawai dan penonton yang terlibat. Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 15 NOVEMBER 2021 – Skuad Rakan Muda-Sports Bubble Volunteer (RM-SBV) Negeri Kelantan turun membuat Pemantauan pematuhan SOP perlawanan bola sepak Piala Malaysia yang melibatkan perlawanan diantara Kelantan United FC menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 1 November 2021. Seramai 7 orang petugas skuad (RM-SBV) yang diketuai Encik Amreezal Bin Abdul Kadir selaku Penyelaras RM-SBV Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama pegawai-pegawai Bahagaian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang terlibat dengan pemantauan tersebut.Pemantauan ini dilaksanakan adalah bagi memastikan pematuhan SOP yang telah ditetapkan dipatuhi dan sekali gus dapat mengekang penularan Covid-19 khususnya di dalam penganjuran acara sukan. Melalui pemantauan ini didapati pihak penganjur telah membuat persediaan rapi dengan menyediakan anggota bertugas yang cukup untuk mengawasi para penyokong yang hadir dan turut menyediakan kaunter saringan suhu di setiap pintu masuk serta membuat penjarakan sosial di tempat duduk pemain, pegawai dan penonton yang terlibat. Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
PASIR PUTEH, 14 NOVEMBER 2021 - Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh Sidang 1 Sesi 2021-2022 telah diadakan secara fizikal pada 2 November 2021 bertempat di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh yang telah dihadiri oleh agensi-agensi Kerajaan, penggawa-penggawa serta badan beruniform di daerah Pasir Puteh. Turut hadir Encik Mohd Azwan bin Ab Rahman, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) merangkap Timbalan Pengerusi Persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Pasir Puteh.Majlis dimulakan dengan ucaptama dan perasmian oleh YABrs Tuan Haji Ahmad Adlee bin Yasin, Ketua Jajahan Pasir Puteh merangkap Pengerusi Persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Pasir Puteh. Majlis disusuli dengan penyampaian watikah dan sijil penghargaan.Kertas kerja telah dibentangkan oleh Encik Mohamad Firdaus bin Zamri, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh. Pelbagai isu, usul, cadangan dan pandangan telah disuarakan oleh ahli-ahli persidangan. Majlis diakhiri dengan penggulungan dan penangguhan persidangan oleh Pengerusi Persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Pasir Puteh. Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
KELANTAN, 14 NOVEMBER 2021 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Peralatan Sukan dan Sumbangan kepada Atlet Para Negeri Kelantan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan sokongan penuh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan dna Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Kleantan (PESRON) pada 13 Movember 2021 bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana Kota Bharu. Majlis penyampaian peralatan dan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Seramai 160 atlet para dari pelbagai jenis sukan antaranya Olahraga, Powerlifting, Memanah, Boccia, Boling Padang dan lain-lain lagi telah menerima peralatan sukan bagi memastikan persiapan ke temasya Sukan Para Sukma ke-20 nanti akan berjalan dengan lancar dan dapat mencapai sasaran sekurang-kurangnya 21 pingat emas. Pada majlis tersebut juga Yang Berhormat telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM,1000.00 kepada pengurus dan RM3,000.00 kepada dua (2) orang atlet para powerlifting yang akan ke Bahrin bagi menyertai Kejohanan Asia Remaja Para. Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
KELANTAN, 14 NOVEMBER 2021 - Bahagian Pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan telah mengadakan satu Pemverifikasi Stor yang bertempat di Stor utama Jabatan. Verifikasi ini adalah pemeriksaan tahunan bagi stor kerajaan yang bermula pada bulan Ogos hingga Disember setiap tahun. Tujuan verifikasi stor dilakukan untuk menilai tahap pengurusan stor disesebuah agensi.Selaras dengan Fasa Pelan Pemulihan Negara, Verifikasi Stor dijalankan oleh Pegawai Jabatan sendiri yang telah dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara. Pemverifikasi Stor Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan tahun 2021 telah dilakukan oleh Encik Syed Abdul Aziz bin Engku Chik dan Encik Nik Mohd Ridhwan bin Nik Abdul Halim.Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pentadbiran, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
TUMPAT, 14 NOVEMBER 2021 - Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Tumpat Sidang 1 Penggal Ke-33 Sesi 2021-2022 telah berlansung dengan jayanya pada 1 November 2021 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Wan Mohd Nasir bin Wan Omar, Timbalan Ketua Jajahan Tumpat.Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) merupakan satu platform bagi belia untuk menyuarakan pandangan serta idea kepada pihak kerajaan melalui usul yang dibahaskan. MPBN juga turut bertindak sebagai badan perunding dalam sebarang perkara yang berhubungan dengan pembangunan belia.Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Tumpat pada kali ini telah dihadiri oleh 10 pegawai dari Agensi Kerajaan di daerah ini dan turut hadir belia-belia dari Majlis Jajahan Tumpat serta persatuan-persatuan belia tunggal seramai 35 orang. Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat
TUMPAT, 14 NOVEMBER 2021 - Aktivis Belia dan Masyarakat Tumpat, Encik Roslan bin Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan “Abang Lan” oleh belia dan masyarakat di daerah ini, merupakan seorang aktivis orang kurang upaya (OKU) yang menghidapi penyakit polio. Walaubagaimanapun, semangat kesukarelawan dalam diri beliau amat tinggi dan tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk bergiat aktif dalam pelbagai khidmat masyarakat kepada penduduk di daerah ini dan di kepulauan Tumpat khususnya.Beliau mula bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti belia dan kemasyarakatan sejak dari tahun 90an sehingga kini. “Semangat dan tekad Encik Roslan Ismail wajar dijadikan contoh oleh belia-belia masa kini”, ujar Encik Mohd Azmi bin Yusoff, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat ketika menyatuni Encik Roslan bin Ismail di kediaman beliau yang terletak di Pulau Seratus, Kepulauan Tumpat. Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat