
KUALA KRAI, 31 OKTOBER 2021 – Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai telah berlangsung dengan jayanya Webinar Kerjaya: Kerjaya Dalam Dunia e-Sukan yang diadakan secara langsung melalui fb LIVE PBSD Kuala Krai Official Page sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Krai Tahun 2021.
Webinar yang berlangsung selama dua (2) jam itu telah dimeriahkan dengan kehadiran panel jemputan yang tidak asing lagi dalam dunia e-sukan tanah air iaitu Caster Mobile Legends Saudara Radzi Rahman atau nama gelarannya Ikuto00. Seorang lagi panel jemputan khas adalah Saudara Andrew Cheong atau nama gelarannya Sir Cloud yang juga merupakan Caster PUBG Mobile Global Championship. Mereka telah berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam dunia e-sukan serta bagaimana hobi boleh menjana pendapatan yang lumayan jika dibuat dengan betul dan bersungguh-sungguh.
Terlebih dahulu webinar ini telah dimulai dengan ucapan aluan oleh YB. Helmi bin Abdullah selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil yang sempat meluangkan masa walaupun seketika untuk turut memeriahkan seminar tersebut. Beliau berkata, walaupun diadakan secara atas talian impak dan kesungguhan dapat diterjemahkan dengan baik dan berkesan.
Disediakan Oleh: Urusetia Portal, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 499



