
TUMPAT, 25 OKTOBER 2021 – Kelmarin (Sabtu), telah berlangsung dengan jayanya Program Ziarah Ukhwah Non-Muslim, Berbasikal Bersama Ketua Jajahan Tumpat Tahun 2021. Program ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Seranta Jajahan Tumpat dengan kerjasama Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Negeri Kelantan yang melibatkan seramai 50 orang peserta di kalangan pegawai dan kakitangan agensi kerajaan dalam daerah Tumpat.
Perlepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Haji Mohd Adanan bin Hassan, ADUN Kelaboran. Turut serta dalam program ini adalah YB Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. YB Ustaz Wan Roslan bin Wan Hamat, YB Adun Wakaf Bharu.
Jarak kayuhan adalah sejauh 24.5 kilometer bermula di Pantai Ndo, Tumpat melalui beberapa lokasi wat siam terpilih di Jajahan Tumpat.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 402


