
TUMPAT, 20 OKTOBER 2021 – Seramai lebih kurang 50 orang Pegawai Agensi Kerajaan Daerah Tumpat dan orang awam bersama Ketua Jajahan Tumpat Encik Rusydee bin Abdullah memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara dalam acara “Morning Walk” sekitar kawasan Bandar Tumpat pada 9 Oktober 2021 lalu.
Perlepasan telah disempurnakan oleh Ketua Jajahan Tumpat sendiri tepat jam 8.00 pagi dan para peserta berjalan sejauh lebih kurang 2 kilometer bermula dari Kawasan Rekreasi Pantai Endo mengelilingi Bandar Tumpat.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 462

