- JBS Kelantan
- Hits: 398
BELIA TANAH MERAH SERTAI YOUTH CAREER (Y-CAREER) PENYEDIAAN MAKANAN SEJUK BEKU PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2021.

TANAH MERAH, 23 SEPTEMBER 2021 – Seramai 9 orang peserta dari Tanah Merah menyertai Program Youth Career (Y-Career) Penyediaan Makanan Sejuk Beku Peringkat Negeri Kelantan yang dilangsungkan secara dalam talian bermula pada 19 sehingga 23 September 2021.
Para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik dan cara pembuatan makanan frozen seperti Durian Crepe, Donut, Karipap Pusing, Samosa dan Sardin Roll oleh Puan Rahimazlan binti Mohamed Noor atau lebih mesra disapa sebagai “Umi”. Program selama 5 hari ini banyak memberi manfaat kepada para peserta yang majoritinya merupakan belia yang terlibat dengan usahawan dan perniagaan kecil.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Laila Nazura binti Nawi. Beliau dalam ucapan perasmian penutupnya menyatakan kegembiraan beliau dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta dan berharap program ini akan dapat membantu para peserta dalam menimba ilmu dalam pembuatan makanan sejuk beku seterusnya mendepani cabaran di era pandemik Covid -19 ini.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 398


