KELANTAN, 11 OKTOBER 2021 – Telah diadakan Kursus KBSi Go Live! Peringkat Zon Timur anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Aerobik Panji pada 1 hingga 2 Oktober 2021. Pelaksanaan adalah secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom Meeting melibatkan peserta-peserta daripada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pelbagai tajuk kursus yang telah disediakan antaranya berkaitan aplikasi Canva, Facebook, Google Form, Google Clasrom dan banyak lagi. Kursus ini diadakan bagi menambahkan pengetahuan dan nilai tambah para pegawai dan instruktor senamrobik khususnya dalam merencanakan kerjaya mereka sebagai KBS Instuktor Senamrobik.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
KELANTAN, 11 OKTOBER 2021 – Telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan pada 9 Oktober 2021 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Pelaksanaannya pada tahun ini adalah secara hybrid iaitu secara virtual dan fizikal pada 8 sehingga 10 Oktober 2021. Manakala kemuncak bagi sambutan Hari Sukan Negara adalah pada 9 Oktober 2021 yang akan disambut secara serentak di seluruh Malaysia.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya Senamtobik, Pertandingan Timbang Bola, Penalti Bola Jaring dan banyak lagi di mana ianya bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan wewujudkan sebuah negara bersukan (Sporting Nation) dan rakyat yang sihat.
Majlis Perasmian HSN Peringkat Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir sama Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan dan Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah JBSN Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
PASIR PUTEH, 7 OKTOBER 2021 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Aerobik Panji telah menganjurkan Program KBSi Go Live Peringkat Zon Timur Tahun 2021 pada 1 hingga 2 Oktober 2021 secara dalam talian.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan instruktur senamrobik KBS (KBSi) dalam menggunakan perisian digital terutamanya semasa menjalankan kelas/aktiviti senamrobik secara dalam talian. Peserta dari daerah Pasir Puteh diwakili oleh Puan Wan Norziela bt Wan Hassan @ Wan Abdullah.
Hari pertama kursus dimulai dengan sesi pengenalan dan suai kenal. Peserta diajar menggunakan canva iaitu platform reka bentuk grafik, facebook, powerpoint, google forms, google meet dan google classroom melalui zoom meeting.
Hari kedua merupakan sesi pembentangan tugasan peserta, strategi promosi dan pemasaran serta etika dalam talian. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YABrs Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh : Urusetia PortalPejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
PASIR PUTEH, 7 OKTOBER 2021 - Lawatan tapak sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Pasir Puteh telah diadakan pada 5 Oktober 2021 bertempat di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh. Turut bersama dalam sesi lawatan tersebut ialah Encik Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, Encik Mohd Azwan bin Ab Rahman, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dan wakil Setiausaha Majlis Daerah Pasir Puteh.
Lawatan tapak ini adalah bertujuan untuk persiapan bagi Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Pasir Puteh yang akan diadakan pada 9 Oktober 2021. Marilah kita sama-sama memeriahkan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Pasir Puteh.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
PASIR PUTEH, 5 OKTOBER 2021 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh serta Kelab Bola Sepak Sri Nara akan menganjurkan Hari Sukan Negara 2021 peringkat daerah Pasir Puteh pada 8 hingga 10 Oktober 2021.
Majlis pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Pasir Puteh akan diadakan pada 9 Oktober 2021 bertempat di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh. Antara aktiviti sempena program tersebut ialah MyFit@Home, Kayuhan Santai, Kejohanan Sepak Takraw, Battlegrounds Mobile Challenge, Liga Penalti Challenge, Kejohanan Memanah, Timbang Bola, Timbang Sepak Raga, Mobile Legends, Kejohanan Badminton dan Kahoot Sukan. Semua aktiviti sukan ini diadakan secara fizikal, virtual dan hibrid.
Peserta boleh mendaftar melalui link dan memilih aktiviti sukan yang ingin disertai. E-Sijil akan diberikan kepada setiap penyertaan dengan Scan QR Code. Ayuh Semua Warga Pasir Puteh aktifkan diri anda.
Disediakan oleh : Urusetia PortalPejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
PASIR PUTEH, 5 OKTOBER 2021 - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah ditutup secara rasmi pada 30 September 2021 yang lalu. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini telah mula beroperasi pada 22 April 2021 yang melibatkan seramai 23 orang Sukarelawan MyVac.
Tuan Haji Ahmad Adlee bin Yasin, Ketua Jajahan Pasir Puteh telah menyampaikan sijil kepada agensi-agensi yang terlibat. Turut hadir Yang Berhormat Wan Hassan bin Wan Ibrahim, ADUN Semerak Pasir Puteh, Kapten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Abd Rahman, Pengarah Maritim Negeri Kelantan dan Dr. Zawiyah binti Dolah, Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Puteh.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas komitmen yang diberikan kepada semua petugas barisan hadapan dan Sukarelawan MyVac bagi program pemberian vaksin Covid-19.
Disediakan oleh : Urusetia PortalPejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
PASIR MAS,30 September 2021- Seramai 52 orang belia Pasir Mas terlibat di dalam Program Memperkasa Pertubuhan belia peringkat daerah pasir mas secara online pada Isnin lalu.
Program ini merupakan program anjuran bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Jabatan belia dan Sukan Negeri kelantan dan Pejabat belia dan sukan Daerah Pasir Mas serta Pertubuhan Belia yang berdaftar dibawah Pejabat Pertubuhan Belia KBS (ROY)
Slot tallimat MYKD – Maklumat Yang Kena Diberi disampaikan oleh Pegawai Pendaftaran ROY, En. Shahrul Azmin bin Roslan selama dua jam. Beliau turut sampiaikan berkenaan Kaedah mencapai star rating dalam Pertubuhan belia.
Semoga program ini dapat dilaksanakan pada mas akan datang demi memperkasa pertubuhan belia di daerah.
KUALA KRAI, 30 September 2021 – Seramai 30 orang ahli Kelab Motosikal Klasik Kuala Krai bersama-sama 30 buah motosikal klasik telah berarak mengelilingi tempat-tempat tumpuan di seluruh Kuala Krai bagi menyatakan soladariti kemerdekaan.
Simbolik pelancaran perarakan kemerdekaan telah diadakan di perkarangan Balai Polis Telekong dan telah disempurnakan oleh YB. Wan Roslan bin Wan Hamat yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan(U-Bes). Turut serta semasa pelancaran adalah Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Krai iaitu Encik Wan Mohd Erffan Wan Mohd Nasir.
Saudara Mohd Ehsan bin Yunus selaku Pengerusi Kelab Motosikal Klasik Kuala Krai berkata, beliau dan ahli kelab berasa teruja dan berbangga kerana YB. Exco sudi untuk menyantuni kami walaupun dalam kekangan masa yang beliau hadapi. Objektif kami hanya satu, untuk menyedarkan masyarakat kepentingan menjaga kemerdekaan yang telah kita kecapi dan jangan sekali-kali dinodai kembali keharmoniannya.
Disediakan Oleh Urusetia Berita Portal PBSD Kuala Krai
GUA MUSANG, 21 SEPTEMBER 2021– Program Pemerkasaan Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Gua Musang telah diadakan secara dalam talian.Objektif Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang tatacara pengurusan pertubuhan belia terutamanya tentang penyediaan dokumen maklumat yang kena diberi (MYKD).
Taklimat sesi pertama telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Mahmud, Penolong Pengarah Kanan Unit Syakhsiah dan Kepimpinan Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (U-BES) dan sesi kedua oleh Puan Hasliza binti Md. Zain, Pegawai Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Timur. Sesi kedua ialah taklimat Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), memberi pendedahan kepada peserta tentang tatacara penyediaan dokumen Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang bertujuan untuk membolehkan tindakan pengemaskinian dibuat ke atas rekod daftar, status keaktifan, keahlian, status pemegang jawatan, status mesyuarat Agung Tahunan, kesesuaian perlembagaan, kedudukan kewangan dan sebagainya.
Program ini merupakan anjuran Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Ngo Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Zuraidi bin Abdullah,Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Ngo’s Negeri Kelantan. Turut hadir bersama Puan Naziah binti Dollah Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh Urusetia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang