PASIR PUTEH, 27 OKTOBER 2021 - Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh mengucapkan selamat datang kepada Puan Rohaya binti Zahari yang telah melaporkan diri pada 21 Oktober 2021.
Sebelum ini, beliau telah berkhidmat di Batalion 8 Pasukan Gerakan Am, Pengkalan Chepa selama 9 tahun dalam pengurusan rekod perkhidmatan anggota.
Dengan suasana dan tempat kerja yang baru, semoga beliau dapat melaksanakan tugas dalam pengurusan fail, pengurusan aset dan berkaitan dengan bahagian pentadbiran.
Disediakan oleh : Urusetia PortalPejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
JELI, 27 OKTOBER 2021 – Seramai 67 orang menyertai Kayuhan Jeli “Go to Kashmir” pada 9 Oktober 2021 (Sabtu), jam 8.00 pagi bermula dari Taman Rekreasi Cahaya Ibadah Gunung Reng ke Tapak Peranginan Kashmir Kg Lawar Jeli. Majlis Pelepasan Kayuhan telah disempurnakan bersama oleh YB Dato’ Abdullah Ya’kub, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), YB. Datuk Abdul Aziz Derashid, ADUN Kuala Balah dan YBrs. Raisnan Hj Daud, Ketua Jajahan Jeli
Kayuhan ini dianjurkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli sambil mempromosi pusat pelancongan yang terletak di Gunung Reng Batu Melintang dan sebuah tempat peranginan berbukit-bukau indah ala “Bollywood” yang dinamakan Kashmir terletak di Kg. Lawar Jeli Kelantan. Turut hadir DSP Ahmad Ariffin, Ketua Polis Daerah Jeli, Mohd Faisal Mohd Ezani, Penolong Setiausaha Majlis Daerah Jeli, Siti Azura Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, Nur Fadhlira Dungun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Mohd Azdi Mohd Nasir, Pengerusi Majlis Belia Daerah Jeli, Nur Hanani Husin, Pengerusi Kelab Aerobik Bukit Jering, ketua-ketua jabatan, pengerusi dan ahli kelab sukan dan kelab belia serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Dan Sukan Daerah Jeli.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
JELI, 27 OKTOBER 2021 – Pelancaran Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Jeli telah diadakan pada 9 Oktober 2021 bertempat di Kashmir Kg Lawar Jeli. Program ini telah dilancarkan oleh YB. Datuk Abdul Aziz Derashid, ADUN Kuala Balah.
Program ini telah dihadiri oleh ahli badan-badan sukan dan belia serta agensi kerajaan dan swasta bagi memeriahkan sambutan ini. Program ini dimeriahkan dengan aktiviti “Fun Ride” dan Senamrobik.
Turut hadir program ini ialah Raisnan Hj Daud, Ketua Jajahan Jeli, DSP Ahmad Ariffin, Ketua Polis Daerah Jeli, Mohd Faisal Mohd Ezani, Penolong Setiausaha Majlis Daerah Jeli, Siti Azura Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, Nur Fadhlira Dungun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Mohd Azdi Mohd Nasir, Pengerusi Majlis Belia Daerah Jeli, Nur Hanani Husin, Pengerusi Kelab Aerobik Bukit Jering dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Dan Sukan Daerah Jeli..
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
JELI, 27 OKTOBER 2021 – Majlis Perundingan Belia Negara 2021 Peringkat Daerah Jeli telah dilaksanakan pada 24 Oktober 2021 bertempat di Dewan Mesyuarat Majlis Daerah Jeli dan dirasmiikan oleh Mohamad Jaafar, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) mewakili Ketua Jajahan Jeli.
Seramai 46 orang daripada badan gabungan Majlis Belia Daerah Jeli, wakil persatuan belia dan agensi kerajaan bersidangan dan membentangkan usul dan persoalan yang dibangkitkan oleh para belia. Sesi pembentangan kertas kerja iaitu peluang kemahiran dan kerjaya dibawah Program Penjana dibentangkan oleh Rosidah Mat Aliu, Pegawai Acer Wilayah Jeli dan Ibrahim Afandi, Pegawai Latihan UMK (BV) yang membuka peluang yang boleh diceburi oleh belia dan beliawanis. Turut hadir persidangan Siti Azura Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, Nur Fadhlira Dungun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Mohd Azdi Mohd Nasir, Pengerusi Majlis Belia Daerah Jeli dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Dan Sukan Daerah Jeli.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
KETEREH, 27 OKTOBER 2021 – Pada 15 Oktober 2021 secara rasminya PPV Majlis Daerah Ketereh, Majlis Perbandaran Islam Ketereh telah menutup operasi sepenuhnya, setelah hampir 5 bulan beroperasi. Seramai 33 orang sukarelawan MyVac yang telah bertugas di PPV tersebut.
Sukarelawan MyVac yang bertugas mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kerana telah memberi peluang kepada mereka untuk berkhidmat sebagai sukarelawan MyVac. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dalam membantu kerajaan untuk menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
PASIR PUTEH, 26 OKTOBER 2021 - Selamat bertugas di tempat baru diucapkan kepada Cik Wan Armi Ardiaty bin Wan Mohd Ariffin yang telah melapor diri ke Batalion 8 Pasukan Gerakan Am, Pengkalan Chepa pada 20 Oktober 2021. Beliau mula bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh pada 15 Oktober 2020.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh kerana memberi tunjuk ajar dan kerjasama dalam bidang pengurusan pejabat sepanjang bertugas.
Semoga penghijrahan ini akan lebih memberi semangat dan terus komited dalam melaksanakan tugasan.
Disediakan oleh : Urusetia PortalPejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
MACHANG, 26 OKTOBER 2021– Senam santai bersama Frontliner telah diadakan di Dewan Perpaduan Machang sebagai Sokongan Sambutan Hari Sukan Negara. Semua agensi terlibat seperti Petugas Barisan Hadapan Kementerian Kesihatan, RELA, Jabatan Pertahanan Awam dan Sukarelawan Myvac Kementerian Belia Dan Sukan. Aktiviti ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir jam 8.30 pagi. Semua petugas menyarankan agar program ini diadakan setiap minggu kerana ianya boleh meningkatkan stamina kita dan dilaksanakan secara santai sekaligus membawa keceriaan ketika melakukannya.
Program ini bersama KBSi Zuraida yang mempunyai pengalaman dalam Senamrobik telah mengetuai program tersebut. Encik Sazli bin Mahmood Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang turut hadir bersenam santai bersama Frontliner di Dewan Perpaduan.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejaba Belia dan Sukan Daerah Machang
MACHANG, 26 OKTOBER 2021 - Pusat Pemberian Vaksin PPV Dewan Profesional UiTM Machang telah ditutup secara rasminya pada 5 Oktober 2021 lalu. Seramai 35 orang Sukarelawan bukan kesihatan MyVac bertugas di PPV Dewan Profesional Uitm Machang membantu Petugas Barisan Hadapan dalam menjayakan Program Vaksinasi Negara. Hadir pada hari penutupan PPV ini ialah Encik Sazli bin Mahmood Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama Puan Asnita Pembantu Belia Sukan Unit Rakan Muda dan Encik Faidhi bin Mat Noor Pembantu Belia dan Sukan Unit Sukan.
Sepanjang pengoperasian PPV Selancar ini ianya telah banyak membantu penduduk di kawasan tersebut untuk mendapatkan suntikan vaksin yang disyorkan oleh pihak kerajaan dengan lebih mudah dan cepat. Terima kasih kepada semua para petugas dan sukarelawan yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan segala tugasan berjalan dengan lancar. Semoga kita semua berjaya dalam memastikan negara bebas daripada wabak Covid-19. Diharap semoga lebih ramai belia yang terlibat dalam dunia sukarelawan ini agar dapat membantu masyarakat tanpa mengharapkan pengiktirafan dan material. Terima Kasih Team MyVac UiTM.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejaba Belia dan Sukan Daerah Machang
MACHANG, 26 OKTOBER 2021 - Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang berlangsung di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang. Program diadakan pada 9 Oktober 2021 lalu. Yang Berhormat Datuk Ahmad Jazlan bin Yaacob Ahli Parliman Machang merangkap Pengerusi Felcra Berhad turut hadir pada program pagi ini bersama-sama Ketua- ketua Jabatan di Daerah Machang.
Program di rasmikan oleh Yang Amat berusaha Encik Hasanuddin bin Nik Hussain Ketua Jajahan Machang.Pejabat belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini pada tahun 2021.Terima kasih kepada Persatuan belia dan sukan di Daerah Machang diatas sokongan dan kerjasama anda semua.Turut hadir pada program ini Encik Sazli bin Mahmood Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejaba Belia dan Sukan Daerah Machang