
TANAH MERAH, 30 SEPTEMBER 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Tanah Merah telah dilaksanakan pada selasa 28 September 2021 yang lalu menerusi aplikasi Google Meet.
Pelbagai aktiviti dicadangkan di sepanjang mesyuarat diadakan dan pembahagian tugas dilaksanakan mengikut kepakaran ahli-ahli mesyuarat yang merupakan pemegang-pemegang jawatan tertinggi NGO Belia dan Sukan di Tanah Merah termasuklah daripada Majlis Belia Jajahan Tanah Merah, Kelab Bola Sepak Bukit Gading, Kelab Belia GPU Taman Guru, Persekutuan Pengakap Daerah Tanah Merah dan Kelab Sepak Takraw Cherang Lali.
HSN 2021 bakal dilaksanakan pada 1 hingga 10 Oktober 2021 bagi daerah Tanah Merah dan pelaksanaannya melibatkan konsep hibrid, iaitu gabungan program berbentuk fizikal dan secara atas talian.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 457

