- JBS Kelantan
- Hits: 713
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN

KELANTAN, 13 SEPTEMBER 2021 - Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diadakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini adalah seramai 13 orang yang datang dari pelbagai universiti dan bidang pengajian bermula dari bulan Januari sehingga September 2021.
Selama menjalani latihan industri di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Kompleks Belia dan Sukan Panji kesemua pelajar tersebut telah menunjukkan prestasi yang amat baik dan cemerlang. Kesemua mereka sentiasa komited di dalam setiap tugasan yang diberikan oleh Penyelia di bawah seliaan setiap unit masing-masing. Semoga dengan ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan dapat memberikan manfaat kepada semua pada masa hadapan.
Disediakan oleh : Farah Syamimi binti Mohamad Shamsuddin, Urusetia Portal Bahagian Pentadbiran JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 713



