
PASIR PUTEH, 22 OGOS 2021 - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah menerima 3 orang sukarelawan Myvac baru yang telah memulakan tugas pada 16 Ogos 2021.
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah dinaiktaraf kepada jenis 4 menjadikan jumlah Myvac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut ialah seramai 15 orang.
Pada hari pertama melaporkan diri, mereka telah diberi taklimat penugasan oleh Siti Nor binti Idris, matron di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah mula beroperasi pada bulan April 2021 yang lalu. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Wahi Iqbal Zurkarnain bin Zulkifli, Nur Farrah Anis binti Faizul dan Norhayati Adriana binti Suhkuri.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 608




