
PASIR PUTEH, 30 SEPTEMBER 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah menghantar wakil PBSD iaitu Encik Mohd Hafiz bin Ismail Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan tiga orang wakil daripada Kelab Belia Warisan Tok Janggut untuk menyertai Kursus Asas Keselamatan Perkhemahan dan Klinik Asas Ikatan Tali bagi Sukan Mendaki Peringkat Negeri Kelantan yang telah pun diadakan pada 20 hingga 22 September 2020 di Kem Damai Beach Resort, Besut, Terengganu.
Peserta telah diberi pendedahan dengan asas memasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul serta dibawa menjelajah dan menghayati keindahan alam semulajadi.
Ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kerana ilmu yang dicurahkan memberi manfaat yang berguna kepada peserta Pasir Puteh.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 440





