PASIR PUTEH, 28 JUN 2021 - Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah menganjurkan Webinar Pengurusan Organisasi KRM Yang Cekap Peringkat Negeri Kelantan 2021 pada 25 Jun 2021 bermula jam 8.45 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 45 orang telah menyertai webinar tersebut. Moderator ialah saudara Mohamad Firdaus Zamri, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh. Penceramah bagi Slot 1 yang bertajuk Ciri-ciri Kepimpinan Yang Unggul ialah Encik Suhail Bin Mohamed Kamaruddin, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Penceramah bagi Slot 2 yang bertajuk Pengurusan Organisasi, Penyediaan Kertas Kerja Dan Kewangan disampaikan oleh Encik Mohd Faizal Bin Hussein, Penolong Setiausaha Majlis Belia Kelantan. Penceramah bagi Slot 3 yang bertajuk Cara-Cara Menubuhkan Kelab/Persatuan dan Penyediaan MYKD Yang Lengkap disampaikan oleh Encik Faizul Rizal bin Mat Saat dari Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) dan penceramah Slot 4 ialah Raja Shamri Pengerusi Yayasan Raja Shamri merangkap Pengasas ThirdForce yang bertajuk Perkongsian Pengalaman Pemimpin Yang Berjaya. Ucapan Perasmian Penutup telah disampaikan oleh YABrs Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 507
