JELI, 21 JUN 2021 - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jeli diberi mandat oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan untuk menganjurkan Program Rakan Muda Klik Peringkat Negeri Kelantan 2021. Objektif program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan generasi muda bagi mentransformasi nilai- nilai demokrasi. Program ini juga berfungsi sebagai platform untuk memberi pendidikan terhadap kepentingan semangat kenegaraan, patriotik, nilai-nilai politik dan tadbir urus negara dikalangan generasi muda.Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Belia Sepakat Lubuk Bongor pada 3 Julai 2021, Jam 2.00 petang secara atas talian melibatkan generasi muda seluruh daerah di negeri Kelantan.Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 571
