KELANTAN, 27 SEPTEMBER 2020 – Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Encik Hakim bin Sulaiman, pekerja sambilan harian (PSH) lantikan secara sambilan yang baru ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Encik Hakim bin Sulaiman mula melaporkan diri pada 15 September 2020 di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan ditempatkan di Pejabat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau yang berkelulusan sijil elektrikal daripada UniKL akan menjalankan kerja-kerja berkaitan elektrikal. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang kerja elektrikal selama 8 tahun.
Diharapkan dengan adanya lantikan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan melancarkan lagi kerja-kerja di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh :Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 27 SEPTEMBER 2020 - Perjumpaan di antara Pengurus bersama kakitangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diadakan pada 20 September 2020 yang lalu berkaitan penerangan tentang tugas-tugas di pejabat.
Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut memaklumkan penilaian kerja berdasarkan arahan kerja-kerja yang diberi dan tindakan yang perlu diambil oleh kakitangan. Pembahagian tugas telah diberi kepada semua kakitangan.
Diharapkan semua kakitangan dapat menjalankan kerja yang telah diamanahkan bagi kecemerlangan organisasi.
Disediakan Oleh :Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 27 SEPTEMBER 2020 - Mesyuarat pra penyerahan cadangan membina dan menyiapkan sebuah surau baru satu (1) tingkat dan membaikpulih asrama sedia ada dua (2) tingkat serta kerja-kerja berkaitan kemudahan sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diadakan pada 5 September 2020 jam 11.00 pagi.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Norazli bin Indzam, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir ialah Puan Nurul Hidayah binti A Aziz , jurutera awam dari KBS, Puan Wan Siti Maisharah binti Wan Yusoff, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Cik Wan Hasmalinda binti Wan Ishak, Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, wakil dari pejabat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, kontraktor, arkitek, perunding dan juruukur bahan (QS).
Disediakan Oleh :Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
TUMPAT, 27 SEPTEMBER 2020 – Perjumpaan Tahunan Alumni 4B Kawasan Tumpat telah diadakan di Balairaya Kok Pasir kelmarin pada 26 September 2020. Program ini adalah program tahunan yang merupakan anjuran Alumni 4B Tumpat.
Seramai lebih kurang 80 orang ahli Alumni 4B Tumpat telah hadir memeriahkan program tersebut. Ia dilaksanakan bertujuan mengeratkan ukhwah di kalangan ahli dan penyampaian sumbangan kepada ahli yang berkenaan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Ropein Hassan, Pengarah Pembangunan MBRI. Turut hadir adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat Encik Mohd Azmi Bin Mohd Yusoff.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat
KUALA KRAI, 27 SEPTEMBER 2020 - Bertempat di Dewan KESEDAR Kuala Krai telah berlangsung perjumpaan tahunan alumni 4B Kuala Krai bagi tahun 2020. Majlis yang diadakan secara tahunan telah dihadiri oleh seramai 110 orang wakil yang terdiri daripada masyarakat setempat, bekas-bekas kepimpinan 4B Kuala Krai dan semua ketua-ketua jabatan seluruh daerah.
Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan silaraturrahim antara alumni 4B dan ketua-ketua jabatan serta dapat memberi maklumat mengenai situasi COVID-19 pada masyarakat setempat. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Ustaz Ab Latif bin Ab Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai. Dalam ucapan perasmian beliau ada menyatakan tentang perlunya yang muda menghormati yang lebih tua dan yang tua menyantuni golongan yang lebih muda. Ini penting bagi mengharmonikan konsep kepimpinan melalui tauladan yang semakin hari semakin dilupakan.
Encik Wan Mohd Erffan Wan Mohd Nasir selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai turut hadir dalam majlis berkenaan yang tamat pada pukul 1.30 tengahari.
Disediakan Oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
MACHANG, 27 SEPTEMBER 2020 – Pejabat Kemas Daerah Machang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Machang Pejabat Perhutanan Jajahan Machang, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang Kelab Komuniti dan Gaya Hidup Sihat KEMAS Kelantan telah menganjurkan Program Kembara Ilmu KEMAS Daerah Machang bertempat di Hutan Lipur Bukit Baka, Machang. Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan erat dikalangan komuniti tempatan bersama jabatan/agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) melalui amalan gaya hidup sihat.
Penyertaan adalah seramai 40 orang. Pendakian bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari menglibatkan 8 stesen. Sepanjang pendakian peserta didedahkan dengan pelbagai jenis tumbuhan berkayu dan herba serta fungsi dan kegunaan yang sesuai untuk dijadikan sumber ubat-ubatan.
Majlis penutupan disikan dengan acara ucapan aluan oleh Encik Muhammad Hapiz Bin Abdul Mutalib Pegawai Perhutanan Pejabat Hutan Jajahan Machang, ucapan perasmian oleh En. Muhammad Faiz Aizuddin Bin Suhaimi; Penolong Ketua Jajahan, Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, penyampaian sijil peserta dan diakhiri dengan jamuan tengahari. Program ini juga turut disertai oleh kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
PASIR MAS, 27 SEPTEMBER 2020 - Lima Krew Pengakap Kelana Laut C Panglima Pasir Mas yang diketuai oleh saudara Zulkefnain atau lebih dikenali sebagai ‘ Abah Zul’ di kalangan ahli belia telah membuat kunjungan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas pada awal September lalu untuk memperkenalkan kelab mereka kepada pejabat.
Krew Pengakap Kelana Laut C turut berbincang dengan Pn. Nazatul Asma binti Ariffin mengenai gerak kerja kelab termasuk program-program belia, sukan dan rakan muda yang boleh disertai oleh mereka pada masa akan datang. Kehadiran Abah Zul bersama 4 ahli pengakap lain, Nurin Zulaikha binti Muhammad, Nor Ammarah binti Adnan, Muhammad Nabil Hakimi bin Zulgarnai, Farahani binti Mohd Fauzi.
Disediakan oleh: Nazatul Asma binti Ariffn, Urusetia Berita Portal PBSD Pasir Mas
PASIR MAS, 27 SEPTEMBER 2020 - Program Kayuhan Basikal Ambang Merdeka anjuran bersama Youth Power Club Rantau Panjang (YPCRP), Pertubuhan Ikatan Murni Chetok (PMC) telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Hadapan Balai Polis To’ Uban, Pasir Mas pada 30 Ogos 2020 lalu.
Objektifnya adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dan sayangkan negara di kalangan masyarakat terutamanya golongan belia. Merapatkan hubungan serta jaringan antara pemimpin stempat dengan golongan belia serta masyarakat setempat.
Pelepasan Kayuhan Ambang Merdeka disempurnakan oleh Ketua Jajahan Pasir Mas, Tn Hj Nik Mohamed Nor bin Nik Ishak, dan Timbalan Pengerusi Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Hj. Zuraidin bin Abdullah. Pengerusi Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Ust. Wan Roslan bin Hamat, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Pn Laila Nazura binti Nawi serta Pengerusi Yayasan Ikatan Murni Chetok, Ustaz Mohd Afifi turut berkayuh bersama belia hingga ke garisan penamat.
Disediakan oleh: Nazatul Asma binti Ariffn, Urusetia Berita Portal PBSD Pasir Mas
MACHANG, 20 SEPTEMBER 2020 – Pejabat Kemas Daerah Machang bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Machang dan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang serta kerjasama Agensi-agensi Kerajaan yang lain telah menganjurkan Program Komuniti Sejahtera – Kayuhan Merdeka Parlimen Machang 2020. Program Komuniti Sejahtera ini menekankan kepada membudayakan masyarakat dengan kehidupan sihat, selamat dan sejahtera dalam komuniti desa. Bersempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia acara kayuhan menjadi pilihan aktiviti gaya hidup sihat bagi pengisian Program Komuniti Sejahtera pada tahun ini.
Kayuhan sejauh 25 kilometer ini disertai seramai 363 penunggang basikal daripada pelbagai lapisan umur yang bermula di Perkarangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang. Acara dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh pihak Ibupejabat Polis Daerah Machang dan bacaan doa seterusnya pelepasan peserta kayuhan. Kayuhan ini melalui Bandar Machang, Kg. Pangkal Meleret, Kg. Limau Hantu, Kg. Bucit, Kg. Pangkal Cuit, Jalan Batu 30, Kg. Bukit Baka dan Kg. Bukit Tiu. Sambutan meriah dan sokongan daripada penduduk setempat yang juga turut serta mengibarkan jalur gemilang dan sorakan laungan merdeka semasa peserta kayuhan melepasi kediamaan masing-masing.
Penamat kayuhan bertempat di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu. Majlis penutupan disikan dengan acara ucapan aluan oleh Encik Hashim Bin Alang Abdul Hamid, Pengarah KEMAS Negeri Kelantan, ucapan perasmian oleh YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, pelancaran Kelab Komuniti dan Gaya Hidup Sihat KEMAS Kelantan, cabutan bertuah dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang