
JELI, 3 OGOS 2021 - Yang Berhormat Ustaz Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO’s Negeri Kelantan bersama dengan Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan kali pertama ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majlis Daerah Jeli pada 29 Julai 2021. Lawatan ini bertujuan untuk menyantuni dan memberi semangat serta sebagai tanda penghargaan terima kasih kepada sukarelawan bukan kesihatan MyVac yang bertugas. Sukarelawan bukan kesihatan MyVac ini adalah sukarelawan yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk membantu penugasan bukan kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin.
Semasa lawatan ini, Yang Berhormat juga menyampaikan sedikit sumbangan saguhati kepada sukarelawan MyVac dan juga kepada petugas-petugas lain. Turut hadir ke majlis ini ialah Encik Nik Raisnan bin Daud, Ketua Jajahan Jeli, Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, Puan Nur Fadhlira binti Dungun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 636

