PASIR PUTEH, 19 OKTOBER 2020 – “Patah tumbuh hilang berganti”. Selamat datang kepada Cik Wan Armi Ardiaty bt Wan Mohd Arifin Pembantu Tadbir dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bermula 15 Oktober 2020.
Semoga kehadiran beliau di PBSD Pasir Puteh mampu mengekalkan prestasi cemerlang bahagian pentadbiran dan membantu program-program belia dan sukan di PBSD Pasir Puteh.
Sesi pengenalan dan serah tugas kerja telah disampaikan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh
PASIR PUTEH,19 OKTOBER 2020 – Salam perpisahan kepada Puan Nor Suhana Mat Awi Pembantu Tadbir PBSD Pasir Puteh yang akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bermula 15 Oktober 2020.
Beliau telah berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh selama 1 tahun 2 bulan beliau banyak membantu menggerakkan bahagian pentadbiran dengan baik.
Satu majlis ringkas untuk meraikan perpisahan dan penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Semoga beliau terus cemerlang dan maju jaya ditempat baru.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh
KELANTAN, 15 OKTOBER 2020 – Telah diadakan Perlawanan Persahabatan Sukan Boling Padang antara pegawai dan kakitangan Majlis Sukan Negara Negeri Kelantan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 14 Oktober 2020 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Perlawanan persahabatan ini diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim di antara JBSN Kelantan dan MSN Kelantan disamping mencuba gelanggang boling padang yang telah siap dinaiktaraf pada 25 September 2020 lalu. Perlawanan tersebut telah dikendalikan oleh pihak Persatuan Boling Padang Negeri Kelantan.
Turut serta pada perlawanan persahabatan tersebut adalah YB. Ustaz Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Turut hadir Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Encik Mohamed Imran bin Mansor, Pengarah Majlis Sukan Negara Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
KELANTAN, 15 OKTOBER 2020 - Pemeriksaan kerosakan bagi kerja-kerja naik taraf di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah diadakan pada 12 Oktober 2020. Turut bersama ialah Cik Wan Hasmalinda binti Wan Ishak , Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan wakil dari pejabat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Antara kawasan-kawasan yang telah dibuat pemeriksaan ialah bilik mesyuarat, bilik kuliah, kafeteria, dewan, surau dan asrama. Kerja-kerja naik taraf di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah bermula pada bulan Mac 2019 dan Majlis Penyerahan Naik Taraf ialah pada 25 September 2020.
Diharapkan dengan penambahbaikan semua fasiliti sukan yang ada di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan dapat memberi keselesaan kepada para pengguna.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
PASIR MAS, 13 OKTOBER 2020 - Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 29 September lalu bertempat di Hotel Crown Garden, Kota Bharu memberi peluang baru kepada guru Pemimpin dari SMK Sri Kiambang, Pasir Mas.
Dua guru pembimbing Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) iaitu Mohd Zuladnan Bin Abd Rahman dan Azuhan bin Abdullah berkata “Program ini merupakan satu peluang yang tidak semua orang dapat dalam melahirkan remaja yang berwawasan yang ada tanggungjawab terhadap diri dan masyarakat sekeliling. Pendedahan aktiviti kemasyarakatan kepada remaja juga dapat melahirkan jati diri di kalangan mereka disamping menjadikan remaja sebagai pemimpin pelapis masa depan.
Program berbentuk kursus ini menggunakan empat modul berbeza yang berkaitan dengan ARPRM seperti sesi ceramah, sesi latihan dalam kumpulan, perkongsian praktis terbaik dan sesi pembentangan telah dikendalikan oleh En. Kamaruzaman Bin Mohd Yusof. Hadir sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, En Wan Abd rahman bin Hj Wan Ismail dan Pembantu Belia Sukan Daerah, YM Tengku Burhan Sidqi bin Raja Sulaiman.
Majlis penutupan program disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Laila Nazura binti Nawi.
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
PASIR MAS, 13 OKTOBER 2020 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Kelantan pada 9 hingga 10 Oktober lalu di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kelantan.
Objektif klinik ini adalah untuk memperkenalkan Sukan Teqball kepada masyarakat serta menarik minat mereka untuk menceburi sukan ini.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah memberi peluang kepada En. Mohd Zuladnan bin Abd Rahman, dan Mohd Shahrul Nizam bin Mohd Shamsuri untuk mengikuti klinik tersebut dan seterusnya akan memperkenalkan sukan ini kepada para pelajar sekolah mereka nanti.
En Mohd Zuladnan berkata “saya sangat gembira kerana menjadi antara orang pertama di negeri Kelantan untuk mendalami sukan teqball dan merupakan pengalaman baru untk dikongsi bersama. Sukan teqball juga sukan yg unik kerana gabungan beberapa elemen sukan yang memerlukan penguasaan kemahiran sepak takraw dan bola sepak di atas gelanggang yang melengkung seperti meja ping-pong”. Pasukan beliau juga menjadi Johan dalam mini pertandingan yang dianjurkan semasa klinik tersebut.
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
PASIR MAS, 13 OKTOBER 2020 - Peminat Sukan Mendaki, En. Nor Azman bin Muhammad bersama lima remaja lain telah mengambil inisiatif untuk projek rintis laluan denai ke puncak Bukit Kuang yang terletak dalam parlimen Rantau Panjang. Mereka juga turut melabel nama dan ketinggian Bukit tersebut.
En Nor Azman b Muhammad berkata “inisiatif ini di lakukan adalah untuk memperkenalkan Bukit Kuang kepada peminat sukan mendaki di Kelantan dan juga luar Kelantan, serta cuba menjadikannya popular seperti Bukit Panau suatu hari nanti”.
Aktiviti ini di lakukan secara sukarela di samping menjadikan Sukan Mendaki sebagai satu bentuk rekreasi yang mencabar ketahanan mental dan juga fizikal seseorang.
PASIR MAS, 13 OKTOBER 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah menghantar empat orang wakil peserta ke Kursus Asas Keselamatan Perkhemahan dan Klinik Asas Ikatan Tali Bagi Sukan Mendaki anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Kelab Sukan Rekreasi Eksplorasi Massa di Kem Damai Beach Resort, Besut,Terengganu pada 20 hingga 22 September 2020 yang lalu.
Empat peserta tersebut merupakan peminat sukan mendaki iaitu, Nor Azman b Muhammad Zakaria bin Ibrahim, Ku Iqmal Aqim Bin Ku Marudzi dan Nik Amir Hamzah Bin Mohd Rapendi.
Selain diberi pendedahan tentang aktiviti perkhemahan, mereka uga didedahkan dengan cara-cara asas ikatan tali bagi sukan mendaki dan juga peraturan-peraturan am yang menitikberatkan kepentingan faktor keselamatan dalam melaksanakan program sukan mendaki. Mereka turut di bawa mendaki Bukit Keluang bagi menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.
KELANTAN, 12 OKTOBER 2020 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan. Kursus ini telah diadakan sebanyak dua (2) siri iaitu siri satu (1) telah diadakan pada 28 September 2020 di Institut Kemajuan Pekebun Kecil Kelantan (IKPK) Bukit Sireh, Kuala Krai manakala siri kedua pada 29 September 2020 di Crown Garden Hotel Kota Bharu.
Secara keseluruhan penyertaan peserta adalah seramai 71 orang yang terdiri daripada Pegawai Belia dan Sukan Daerah, pegawai IKBN/IKTBN, guru-guru sekolah, pemimpin badan operasi dan sukarelawan anugerah. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin dan badan operasi ARPRM yang berkaliber dan berpengetahuan tinggi tentang program ARPRM ini secara keseluruhan.
Program berbentuk kursus ini menggunakan empat modul berbeza yang berkaitan dengan ARPRM seperti sesi ceramah, sesi latihan dalam kumpulan, perkongsian praktis terbaik dan sesi pembentangan telah dikendalikan oleh seorang penceramah iaitu En. Kamaruzaman Bin Mohd Yusof.
Hadir merasmikan pada majlis penutupan kursus bagi siri pertama ialah Encik Aris bin Awang yang mewakili Pengarah JBSN Kelantan manakala siri kedua telah disempurnakan oleh Puan Laila Nazura Binti Nawi, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Mazlan Bin Mohd Ariffin, Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan