- JBS Kelantan
- Hits: 516
SUKARELAWAN MyVAC BERSAMA PUSAT KHIDMAT UNDANGAN TEMANGAN JAYAKAN PROGRAM IMUNISASI

MACHANG, 16 OGOS 2021 –Sukarelawan MyVac bersama Pejabat Kesihatan Daerah Machang dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (PKD) Temangan sudah menyelesaikan lapan sesi program imunisasi kepada masyarakat setempat. Program itu dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak, Dewan Dato’ Haji Hassan bermula pada 17 Jun hingga 9 Ogos 2021.
Sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) ditugaskan untuk membantu orang awam seperti membuat saringan gejala suhu, janjitemu, pendaftaran dan mengawal ruang menunggu. Program ini juga dibantu oleh Jabatan Amal dari Dewan Pemuda PAS Machang, Ameerah dari Muslimat PAS Machang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Briged Muslimat PAS Kawasan Machang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan hadir pada program ini. Beliau memberitahu seramai 2060 penerima dos pertama telah selesai dan 700 penerima melengkapkan dos kedua. Beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada para petugas kesihatan Machang dan semua petugas yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 516




