PASIR PUTEH, 14 JULAI 2021 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 1 dan Siri 2 Peringkat Negeri Kelantan 2021 pada 9 dan 10 Julai 2021 yang lalu secara atas talian.Penceramah jemputan ialah Encik Kamaruzaman bin Mohd Yusof. Seramai 8 orang peserta wakil dari ngo’s daerah Pasir Puteh telah menyertai kursus tersebut. Daerah yang terlibat bagi siri 1 ialah Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala daerah bagi Siri 2 ialah Kota Bharu, Bachok,Tumpat, Pasir Puteh dan Pasir Mas.Diharapkan kursus tersebut dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) khususnya di daerah ini. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 804
