
TANAH MERAH, 20 SEPTEMBER 2020 – Majlis Belia Jajahan Tanah Merah telah mengadakan Mesyuarat Exco Majlis Belia Jajahan Tanah Merah Bil 2/2020 dan Majlis Makan Tengah Hari Muhibbah MBJTM 2020 bertempat di Putera Valley Resort, Tanah Merah pada 16 September 2020 yang lalu.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Hafizul Nizam bin Abdullah, Yang di Pertua Majlis Belia Jajahan Tanah Merah. Antara agenda utama mesyuarat adalah berhubungkait dengan penstrukturan semula Majlis Belia Jajahan Tanah Merah bagi sesi akan datang memandangkan kebanyakkan exco yang berada dalam barisan kepimpinan MBJTM Sesi 2018-2020 sudah menghampiri usia 40-an. Selain itu, pelbagai pengisian program telah diusulkan oleh ahli mesyuarat pada kali ini dan akan dibincangkan pelaksanaannya oleh kepimpinan tertinggi MBJTM.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, Encik Aris bin Awang. Beliau dalam ucapan nya berbangga dengan keakraban exco-exco MBJTM dan berharap situasi ini akan berpanjangan dan pastinya akan memudahkan segala perjalanan program dan urusan pentadbiran MBJTM di masa-masa akan datang.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 542






