
TUMPAT, 31 MEI 2021 - Dua lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Daerah Tumpat akan mula beroperasi pada 1 Jun 2021 bertempat di PPV Dewan Bunga Raya dan PPV Dewan Sri Renjuna.
Seramai 21 orang sukarelawan myVac yang berdaftar di daerah ini memulakan latihan dan diberikan taklimat pada hari ini oleh Puan Wan Haliza binti Wan Yusoff, wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat.
Sebarang pertanyaan berhubung Sukarelawan myVac dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Daerah Tumpat boleh menghubungi Encik Mohd Sarimat bin Salleh, Pegawai Penyelaras myVac bagi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat di talian 013-9637637.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 2825





