- JBS Kelantan
- Hits: 589
TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN BAGI PELAKSANAAN SESI LIBAT URUS KANVAS VISI SUKAN NEGARA 2030 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

KELANTAN, 28 APRIL 2021 – Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan telah mengadakan satu sesi taklimat dan perbincangan berkaitan pelaksanaan Sesi Libat Urus Kanvas Visi Sukan Negara 2030 pada 27 April 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat KOMBES Kelantan dan secara atas talian.
Sesi taklimat ini melibatkan pegawai Pengurusan Tertinggi JBSN Kelantan, pegawai Bahagian Pembangunan Sukan serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah. Kaedah pelaksanaannya adalah di peringkat negeri dan juga daerah. Ia bertujuan bagi mendapatkan maklumat dan idea-idea baharu dalam membentuk halatuju dan perancangan baharu kerajaan dalam arena sukan negara bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 589



