KELANTAN, 22 APRIL 2021 – Telah berlangsung satu perjumpaan dengan Syarikat Landskap Mat Sulaiman Trading bersama Pengurusan JBSN Kelantan dan KOMBES di bilik tamu JBSN Kelantan pada 19 April 2021 yang lalu.
Tujuan pertemuan murni ini bagi menyelaras, memperindahkan dan menambahbaikan hasil kerja-kerja landskap KOMBES.
Pertemuan ini di hadiri oleh Encik Hazri Nizam b Zakaria Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan turut sama Encik Jack@Janda Anak Pioh Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 22 APRIL 2021 – Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah terpilih sebagai Pusat Kuarantin Rawatan Covid (PKRC).
Pada 19 April 2021, rombongan yang diketuai oleh Dr Mohd Azman bin Yacob Timbalan Pengarah Perubatan 1 Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Bahagian Pembangunan Majlis Keselamatan Negara berkunjung semula ke KOMBES untuk memperincikan dan melihat susun atur agar keselarasan, keselamatan dan prosedur diperkemaskan disekitar kawasan Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Turut hadir Puan Laila Nazura binti Nawi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Hazri Nizam bin Zakaria Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan turut sama Encik Jack@Janda Anak Pioh Pengurus KOMBES.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 22 APRIL 2021 – Telah berlangsung satu lawatan tapak bagi Pusat Kuarantin Rawatan Covid (PKRC) bertempat di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 18 April 2021 bagi meninjau kawasan tersebut untuk menempatkan pesakit Covid-19 yang bergejala.
Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Encik Jack @ Janda Anak Pioh, Pengurus KOMBES mengiringi rombongan yang diketuai Dr Mohd Azman b Yacob Timbalan Pengarah Perubatan 1 dari Hospital Raja Perempuan Zainab II semasa lawatan tersebut.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
MACHANG, 22 APRIL 2020 – Lakaran bersejarah pada tahun 2021 bagi Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup (SERIWARIS) walaupun negara sedang berperang memerangi wabak covid-19, pemimpin tempatan sentiasa memberikan sokongan padu kepada pembangunan belia setempat. Pihak kelab telah menerima sumbangan peruntukan sebanyak RM10,000 daripada YB Dato’ Dr. Mohamad Fazli Bin Dato’ Hj. Hassan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi / Ahli Dewan Undangan Temangan.
Sumbangan peruntukan ini adalah untuk membina bilik gerakan kelab SERIWARIS. YB Dato’ Dr. mengharapkan dan mendoakan agar segala urusan pihak Kelab SERIWARIS dipermudahkan dalam pembangunan belia serta menjaga warisan budaya. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang; Puan Azma Binti Yahya juga turut dijemput sebagai tetamu kehormat.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
MACHANG, 22 APRIL 2020 – Program Penurunan Berat Badan (Saya Nak Kurus dan Sihat) anjuran Persatuan Kecergasan Daerah Machang bertujuan untuk menurunkan 5% berat atau lemak badan asal dalam tempoh 3 bulan. Selain itu, meningkatkan kesedaran pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan sihat dan seimbang serta teknik kecergasan yang berkesan dalam usaha mencapai berat badan ideal. Aktiviti kecergasan yang diadakan adalah senamrobik, latihan tabata, mendaki, zumba, aerodance dan lain-lain lagi.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Penurunan Berat Badan (Saya Nak Kurus dan Sihat) disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan; YBrs. Pn. Laila Nazura Binti Nawi. Pemenang yang berjaya menurukan berat badan adalah Pn. Nor Azila Bt. Ab Aziz tempat pertama RM300.00, Pn. Tuan Khairus Binti Tuan Hassan tempat kedua RM150.00 dan Pn. Asmarina Binti Ismail tempat ketiga RM70.00.
Turut dijemput Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang; Pn. Azma Binti Yahya bagi menyerikan lagi majlis.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
MACHANG, 22 APRIL 2021 – Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2021 telah selesai dilaksanakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Anugerah Perdana Belia Negara merupakan suatu pengiktirafan kerajaan kepada belia dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia setempat
Seramai dua (2) orang calon individu wanita dan lima (5) orang calon individu bertanding bagi kategori Anugerah Individu Pemimpin Belia. Calon-calon daripada kalangan pemimpin akar umbi daripada badan pertubuhan belia iaitu Majlis Belia Machang dan Kelab Seri Warisan Pusaka Kemunchup. Penyertaan mereka ini bukannya bermatlamat untuk memenangi anugerah semata-mata tetapi untuk memberikan saingan serta menimba pengalaman dimana ini adalah penyertaan buat pertama. Insyallah anugerah ini akan disertai setiap tahun.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
MACHANG, 22 APRIL 2020 – Bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berlansung dengan jayanya Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers (My VAC) KBS-MOSTI.
Program MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) adalah inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah menghantar empat (4) orang wakil bagi menerima kit sukarelawan yang akan digunakan sepanjang program ini berlangsung.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang iaitu Puan Azma Binti Yahya turut serta menjayakan majlis tersebut.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
BACHOK, 22 APRIL 2021 – Satu Kursus Training of Trainer (TOT) Community Empowerment Pemimpin Masyarakat Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Peringkat Daerah Bachok Bil. 1/2021 anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bachok dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bachok telah dilaksanakan pada 8 April yang lalu bertempat di Permai Resort, Bachok.
Kursus TOT ini dilaksanakan khusus untuk pemimpin-pemimpin masyarakat di daerah Bachok bagi membincangkan permasalahan semasa dadah di daerah ini. Turut dibincangkan empat (4) matlamat pelan tindakan dalam komuniti setempat iaitu mengenalpasti keperluan komuniti, merancang program berdasarkan penelitian faktor risiko dan faktor pelindung, menentukan kaedah, objektif dan kumpulan sasar dan menyediakan kertas cadangan yang sesuai bagi pelaksanaan program diperingkat komuniti. Penceramah jemputan, Encik Muhamad Che Ismail Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Bharu berkata, kawasan Perupok merupakan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) yang telahpun dikenalpasti. Oleh yang demikian, elemen perintis yang terdiri daripada 3 unit Perkenal, Pembersihan dan Rawatan akan difokuskan kepada Perupok.
Majlis Perasmian Penutup kursus TOT ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Bachok. Turut hadir, Ketua Jajahan Bachok Tuan Hj. Ahmad Farid Dato’ Hj. Abd. Razak.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
KELANTAN, 22 APRIL 2021 – Telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 2020 yang telah dilaksanakan secara atas talian di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Seramai tujuh orang penerima APC Tahun 2020 telah diraikan di mana Anugerah ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan awam yang telah menunjukkan hasil kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2020. Senarai penerima bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan adalah Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Amreezal bin Abdul Kadir dari PBSD Pasir Puteh, Cik Wan Hasmalinda bt Wan Ishak dari KOMBES, Puan Siti Zaleha bt Ibrahim dari Bahagian Kewangan JBSN Kelantan, Puan Emi Zurina bt Abd Aziz dari KOMBES, Puan Nik Nur Amira bt Hamzah dan Puan Rohaya bt Che Lah dari Bahagian Pentadbiran Jabatan.
Penerima APC Tahun 2019 turut dijemput sama menyertai majlis tersebut.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan