
KUALA KRAI, 1 APRIL 2021 - Bertempat di Dataran Chintawangsa, Kuala Krai telah berlansung Program Myfit@Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan 2021 bagi Daerah Kuala Krai pada 20 Mac 2021.
Program anjuran Kelab Senamrobik Komuniti (KESKOM) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini telah berlangsung dengan jayanya. Program yang diadakan serentak diseluruh daerah telah dibantu oleh Instruktur Kecergasan bertauliah yang telah dipilih di daerah masing-masing. Di Kuala Krai seramai 65 orang peserta telah mengambil bahagian dimana program ini telah berlansung selama 2 jam tanpa henti.
Turut hadir bersama adalah Encik Muhammad Helme dan Cik Nurul Syifa mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai bagi memantau pergerakan serta pematuhan SOP sepanjang program tersebut berlangsung.
Disediakan Oleh: Urusetia Berita Portal PBSD Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 547






