
JELI, 26 MAC 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli sedang giat mempromosi Skim Perantisan Nasional (SPN) Program Skim Perantisan Nasional merupakan program tawaran baharu Kolaborasi Rentas Kementerian bagi memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat/organisasi yang terlibat dan membantu melonjakkan kebolehpasaran belia pasca COVID-19 dan Sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) untuk menarik belia-belia untuk bertugas menyumbang bakti sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Daerah Jeli.
Promosi diketuai oleh Pn. Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Pn. Nur Fadhlira binti Dungun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli. Anatara gerak kerja yang dilakukan adalah memberi penerangan, mengedar risalah kepada pemimpin belia, pemimpin masyarakat, ketua kampung untuk membuat hebahan kepada para belia tempatan. Antara kawasan yang terlibat pada sesi ini ialah Kg. Bukit Jering, Kg Lubuk Bongor, Kg Renyut dan Kg Belahat.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 681




