- JBS Kelantan
- Hits: 589
GASTAK PILIH KOMBES KELANTAN JALANI LATIHAN PERSEDIAAN HADAPI STL CHAMPIONS CUP

KELANTAN, 10 MAC 2021 - Gabungan Sepaktakraw Kelantan (GASTAK) telah memilih Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sebagai tempat latihan bagi persediaan pasukan selama 7 hari bermula 22 Februari hingga 1 Mac 2021 yang lalu bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw STL Champion Cup 2020.
Kejohanan yang telah berlangsung pada 2 Mac hingga 7 Mac 2021 di Iskandar Puteri Studio, Johor Bharu dan pasukan Kelantan Warrior telah berjaya menduduki tempat ke-6 pada edisi kali ini.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 589







