TANAH MERAH, 24 FEBRUARI 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah melaksanakan proses Pelupusan Aset Alih melibatkan beberapa jenis aset termasuklah satu unit Pemadam Api EC-9, tiga unit kerusi computer, satu unit meja kumpulan sokongan, satu unit alat hawa dingin unit berasingan dan dua unit kabinet besi. Pelupusan ini dilakukan secara musnah (buang) pada 21 Februari 2021 yang lalu.
Pelupusan aset melibatkan aset-aset lama yang sudah tidak boleh digunakan sangat penting dalam memastikan susun atur pejabat dan keselesaan kakitangan berada dalam keadaan optimum dalam menghasilkan suasana kerja yang kondusif.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
TANAH MERAH, 24 FEBRUARI 2021 – Satu Sesi Bual Polisi Belia bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Secara Online telah dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Belia Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui aplikasi Zoom Meeting pada Khamis 18 Februari 2021 yang lalu.
Beberapa persatuan belia dari Tanah Merah termasuklah Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah (GPU), Gabungan Belia 4B Cawangan Kelewek Bukit Payung, Persatuan Belia Anak Bukit Gading dan Majlis Belia Jajahan Tanah Merah turut tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mengambil bahagian dalam sesi bual polisi belia ini.
Pelbagai cadangan dan idea bernas telah diutarakan oleh para peserta dari seluruh Malaysia. Turut dibincangkan adalah tentang permasalahan dan kekangan persatuan-persatuan belia di peringkat akar umbi dan juga mengenai Akta 668 Pindaan 2019 Pertubuhan Belia mengenai had umur belia.
Persoalan-persoalan dan input dari bual polisi ini akan diambil perhatian oleh pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam memastikan golongan belia di Malaysia sentiasa terjaga dan kesinambungan persatuan-persatuan belia di Malaysia tidak terjejas.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
TANAH MERAH, 24 FEBRUARI 2021 – Rakan Muda Sports Bubble Volunteer (RM-SBV) secara ringkasnya adalah pemantau penganjuran acara yang diadakan sama ada penganjur, peserta dan penonton/orang awam patuh SOP yang ditetapkan atau sebaliknya.
Pelaksanaan RM-SBV ini telah melibatkan 124 daerah/bahagian/kawasan di seluruh Malaysia. Penyertaan sukarelawan ini dibuka kepada semua Penggerak Sukan, Belia dan Rakan Muda yang berminat dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah giat mempromosi dan membuat hebahan mengenai RM-SBV melalui media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Hasil promosi dan hebahan yang dijalankan, seramai 32 sukarelawan berdaftar RM-SBV di peringkat Tanah Merah. Sukarelawan yang berdaftar ini akan ditapis dan disenarai pendek seramai 15 orang. Seterusnya surat tawaran akan disediakan dan akhir sekali sukarelawan akan mengisi surat setuju terima dan borang lepas tanggungan.
Sports Bubble atau gelembung sukan ini merupakan cetusan idea YB Menteri Belia dan Sukan bagi memastikan sektor Sukan dan Rekreasi Negara kembali terdiri aktif. Langkah ini membolehkan penganjuran acara sukan diadakan di kawasan PKPB dan PKPP namun masih tertakluk kepada keadaan semasa dan arahan terkini daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
TANAH MERAH, 24 FEBRUARI 2021 – Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah Taman Guru buat julung kalinya menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan solat hajat untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia serta memberi semangat dan sokongan kepada barisan hadapan yang berjuang dalam menangani ancaman penularan COVID-19.
Majlis ini telah dilaksanakan pada 11 Februari 2021 (Khamis) yang lalu. Bacaan Yassin yang diketuai oleh Saudara Amir Fakri bersiaran langsung secara maya di media sosial iaitu Facebook dan Instagram Belia GPU Tanah Merah.
Pematuhan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa turut diingatkan kepada ahli kelab dan kesemua yang menghadirkan diri menyertai bacaan yassin pada hari tersebut. Semoga wabak ini akan segera berakhir dan kita semua dilindungi Allah SWT.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
TANAH MERAH, 24 FEBRUARI 2021 – Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah Taman Guru telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 30 Januari 2021 (Sabtu) yang lalu secara atas talian melalui platform Google Meet. Untuk rekod, Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah Taman Guru telah ditubuhkan pada tahun 2019.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 38 orang ahli yang berdaftar di bawah kelab. Agenda mesyuarat adalah membincangkan mengenai persatuan secara menyeluruh seperti membentangkan laporan aktiviti tahunan bagi tahun 2020, kewangan kelab serta melaksanakan pemilihan ahli jawatankuasa kerja yang baharu. Pelbagai agenda lain turut dibincangkan. Antaranya ialah merancang sesuatu strategi dan program atau mendapatkan idea-idea baharu bagi melaksanakan agenda pembangunan belia khususnya daerah Tanah Merah.
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah turut dihadiri oleh Yang DiPertua Majlis Belia Jajahan Tanah Merah merangkap Yang DiPertua Majlis Belia Kelantan, Encik Hafizul Nizam Bin Abdullah dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, Encik Aris Bin Awang.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
KELANTAN, 22 FEBRUARI 2021 – Bunga Ixora Chinensis atau lebih dikenali oleh masyarakat Malaysia ‘bunga jejarum atau tudung periuk’ menghiasi kawasan pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pokok hiasan ini senang di jaga serta tahan lasak yang boleh dijadikan tanaman berpagar dengan bunganya yang bermerah mencantikkan lagi suasana persekitaran Jabatan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 22 FEBRUARI 2021 – Satu perjumpaan bersama pengawal keselamatan telah diadakan pada 10 Februari 2021 yang lalu bagi membincangkan fungsi dan bidang tugas kawalan keselamatan yang meliputi keselamatan fizikal, personal di bangunan dan sekitar premis Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Encik Jack@Janda Anak Pioh, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan menerangkan skop fungsi dan bidang tugas kawalan keselamatan meliputi kawalan pergerakan pegawai, pelawat dan pekerja kontrak, mendaftar, mengeluarkan dan memeriksa kad pas keselamatan / kad pengenalan jabatan kepada pelawat dan pekerja kontrak, memastikan pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki bangunan KOMBES memakai kad pas keselamatan jabatan pada setiap masa serta keselamatan premis bangunan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Turut hadir sama Encik Zawawi bin Abdul Rahman, Pembantu Tadbir yang bertanggungjawab menyelia dan memantau tugas pengawal keselamatan.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KELANTAN, 22 FEBRUARI 2021 – Satu perbincangan dan lawatan tapak telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan (Bahagian Mekanikal dan Sivil) pada 11 Januari 2021 yang lalu bagi membuat pemeriksaan dan mengenalpasti penyelenggaraan yang perlu dilakukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Lawatan ini dihadiri oleh pegawai-pegawai JKR Negeri Kelantan iaitu Puan Nurul Hawa bt Mohamed, Encik Mohd Adzul b Arifin, Encik Zulfadli b Mohd Racemen.
Puan Naziah bt Dollah, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan mengetuai rombongan ini bersama Penolong Pengarah Rakan Muda, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan membawa pegawai-pegawai dari JKR Negeri Kelantan meninjau sekitar kawasan yang perlu di baikpulih dan diselenggara.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
PASIR MAS, 16 FEBRUARI 2021 - Idea Seluar Anti Bocor Untuk Kanak Kanak Kencing Malam membolehkan Azlin binti Mohd Noor di nobatkan sebagai pemenang SUPERB 2020 yang membawa pulang Geran bernilai RM 500,000.00 sebagai geran permulaan untuk memulakan perniagaan menerusi Program SUPERB (Skim Usahawan Permulaan Bumiputera) . Azlin berkata “idea Seluar Anti Bocor Untuk Kanak Kanak Kencing Malam ini adalah idea asal keluarga dan diciptakan untuk kegunaan keluarga hanya dipakai serta di jual secara kecil- kecilan kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat sekitar tahun 2019”
Melepasi saringan SUPERB bukanlah satu perkara yang mudah, dimana Azlin binti Mohd Noor perlu bersaing dengan 1149 peserta dari seluruh Malaysia Pada awalnya, peserta perlu mengisi borang penyertaan dan menghantar video pendek berdurasi 2 minit kepada Teraju. Permohonan idea perniagaan yang terpilih akan melepasi ke Sesi Road Pitch yang di adakan di Peringkat Zon Negeri masing masing , kemudian dari Road Pitch Zon Timur beliau terpilih untuk ke Peringkat Semi Final dimana ia di adakan secara dalam talian.
Di peringkat akhir, para peserta dinilai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN), Tuan Muhd Firdaus Azharuddin, Chairman Sedania Innovator Berhad, Datuk Noor Azrin Mohd Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Tuan Md Silmi Abd Rahman.
Seramai 25 orang peserta Final dinobatkan sebagai pemenang Superb 2020 pada Disember lalu. Manakala, Majlis Apresiasi Pemenang SUPERB 2020 telah diadakan pada awal Januari lalu di salah sebuah hotal di Putrajaya.
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas