- JBS Kelantan
- Hits: 702
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PASIR PUTEH TINGKATKAN KECERIAAN, KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN PEJABAT
PASIR PUTEH, 9 FEBRUARI 2020 - Warga kakitangan PBSD Pasir Puteh bersepakat mengadakan aktiviti gotong royong dengan membersih dan mengemas setiap ruang dipejabat bagi memastikan dalam keadaan selesa, cantik dan menceriakan.
Aktiviti ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan kami yang ibaratkan “berat sama dipikul ringan sama dijinjing” dan akhirnya keadaan di pejabat bersih dan kemas .
“Terima kasih kepada semua kakitangan yang bertungkus lumus berusaha untuk mengadakan gotong royong ini dan pesekitaran suasana yang bersih dan kemas mampu memberi keselesaan kepada warga kakitangan PBSD Pasir Puteh dan NGO setempat ” menurut kata Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh Encik Amreezal bin Abdul Kadir.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 702


