
KUALA KRAI, 28 FEBRUARI 2021 – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Encik Wan Mohd Erffan Wan Mohd Nasir pada 25 Februari 2021 bersama-sama Encik Rizal Bin Abedin, Pengerusi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai. Beliau telah disambut oleh Puan Huszaima Binti Hussin@Hassan yang bertindak selaku Penolong Pegawai di Bahagian Pembangunan Bakat Murid di PPD Kuala Krai.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan libat urus dan kebersamaan diantara PBSD Kuala Krai dan PPD Kuala Krai dalam merencana dan menyusun program yang berkaitan dengan belia, sukan dan rakan muda. Pihak PPD menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh pihak PBSD Kuala Krai dalam merialisasikan impian untuk melihat lebih ramai pelajar dapat membentuk jati diri dan melahirkan model modal insan yang serba boleh.
Saudara Rizzal juga berkata, peranan harus digalas bersama agar kesinambungan pemimpin dapat terus digarap supaya Daerah Kuala Krai tidak ketandusan peminpin untuk mencorak halatuju belia dimasa akan datang.
Disediakan Oleh: Urusetia Berita Portal PBSD Kuala Krai
- JBS Kelantan
- Hits: 651





