
TUMPAT, 17 MAC 2021 – Ke arah mempromosikan lagi Program Skim Perantisan Nasional kepada golongan belia di daerah Tumpat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat telah turun Padang memberi penerangan secara bersemuka kepada golongan belia tentang program tersebut.
Seramai lebih kurang 30 orang belia telah hadir mendengar taklimat dan penerangan akan keistimewaan program tersebut dan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Peserta turut di ajar cara untuk mendaftarkan diri dan diberikan risalah ringkas berkenaan program tersebut.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 443



