- JBS Kelantan
- Hits: 621
KELAB BELIA GENERASI PENGGERAK UMMAH TAMAN GURU (KBGPU) SEMAKIN GIAT MENGATUR LANGKAH

TANAH MERAH, 29 MAC 2021 – Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah Taman Guru (KBGPU) telah berkunjung ke SK Lawang awal bulan Mac yang lalu bagi membincangkan program khidmat masyarakat yang akan dijalankan di sekolah tersebut.
Pihak sekolah menyambut baik kunjungan AJK tertinggi KBGPU dan mereka memberi respon yang cukup positif mengenai hasrat kelab untuk melaksanakan program ini di SK Lawang. Pihak sekolah juga menyumbang banyak idea penambahbaikan kepada program yang akan dilaksanakan kelak.
Sebagai rekod, KBGPU ditubuhkan pada tahun 2019 dan terdiri daripada belia dan beliawanis yang rata-ratanya masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Meskipun sibuk dengan tugasan sebagai pelajar, namun masih aktif melibatkan diri dalam organisasi.
Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 621







